FIK UniSZA Anjur KID 2019

WhatsApp Image 2019 11 19 at 14.39.49 Tembila - Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) dengan kerjasama Pejabat Pengarah Kampus Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengadakan Karnival Industri Digital (KID) 2019.

Dekan FIK, Profesor Madya Dr. Ts. Syadiah Nor Binti Shamsuddin, berkata karnival itu diwarnai dengan pelbagai acara seperti Majlis Pertukaran MoU, Industry Talk, aktiviti STEM, Pameran Inovasi dan e-Sport yang turut mendapat sambutan meriah daripada pihak industri, pensyarah, mahasiswa dan pelajar sekolah.

“Pada karnival ini juga Syarikat Start-up digital yang diusahakan oleh pelajar FIK diberikan penghargaan dan peluang memperkenalkan produk inovasi masing-masing.

“Peranan rakan-rakan industri ini amatlah penting bagi memastikan program-program akademik di UniSZA sentiasa terkini dan releven dengan industry”, katanya ketika ditemuipada majlis perasmin KID, di UniSZA Kampus Besut.

Karnival itu dirasmikan oleh Naib Canselor UniSZA, Profesor Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, Naib Canselor UniSZA.

Beliau ketika ditemui berkata, program itu adalah medium yang terbaik dan dapat memberi peluang kepada pensyarah dan mahasiswa UniSZA untuk melihat ruang dan peluang kerjasama yang wujud di industri.

“Bagi memastikan kadar kebolehpasaran para graduan sentiasa tinggi, penganjuran KID ini harus dilihat sebagai satu mekanisma yang dapat mempersiapkan mahasiswa untuk berkhidmat kepada industri melalui pendedahan awal tentang kerjaya yang bertepatan dengan kemahiran yang dipelajari.

“Menyentuh graduan bercirikan keusahawanan, saya berbangga dan menyokong penuh usaha-usaha FIK dibawah UniSZA Digital Hub, melahirkan start-up digital. Diharapkan syarikat ini akan terus berkembang dan menghasilkan produk inovasi yang berkualiti”, katanya.

Menurut beliau, mahasiswa merupakan golongan belia yang bakal menyumbang sebagai tenaga kerja bagi memenuhi permintaan industri serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.

“Dengan kepelbagaian program seperti ini, diharap ia dapat menghasilkan graduan bekemahiran tinggi yang menyokong Revolusi Industri 4.0, membangunkan technopreneur, dan seterusnya melahirkan generasi pintar digital dengan kemahiran abad ke-21.

“Mahasiswa masa hadapan hendaklah sentiasa menyumbang kepada ekonomi negara secara produktif serta ditanam dengan nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi bagi memastikan kelangsungan tamandun masyarakat sejagat”, katanya.

Karnival selama satu hari itu turut memberi sumbangan kemasyarakatan dalam menyebarkan ilmu dan kemahiran berkaitan ICT yang sedang pesat perkembangan dan penggunaannya kepada pelajar sekolah.

Seramai 200 pelajar sekolah hadir dan terlibat dengan pelbagai aktiviti STEM anjuran fakulti. Selain itu, pada hari ini akan menyaksikan Perjanjian Persefahaman bersama  Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu, Syarikat Iloken System Sdn. Bhd. dan  Syarikat Interstream Sdn. Bhd.

WhatsApp Image 2019 11 19 at 14.39.491 WhatsApp Image 2019 11 19 at 14.39.481 WhatsApp Image 2019 11 19 at 14.39.48

Cetak E-mel