• Utama
  • Berita
  • UniSZA Anjur Minggu Perpustakaan selama 3 hari

UniSZA Anjur Minggu Perpustakaan selama 3 hari

WhatsApp Image 2019 11 14 at 13.59.46 KUALA NERUS - Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)  mengadakan Minggu Perpustakaan UniSZA selama tiga hari bermula 11 hingga 13 November.

Bertemakan “Sayangi Perpustakaanku, I Love My Library, Uhibbu Maktabati مكتبتي احب ” ia sebagai menyahut seruan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik untuk mewujudkan LOVE & HAPPINESS dalam suasana pendidikan.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, menyeru agar seluruh warga UniSZA untuk terus menyokong program-program yang dianjurkan pihak Perpustakaan UniSZA dan berharap inisiatif ini akan memberikan impak positif kepada semua.

Beliau berkata, perpustakaan pada zaman dahulu kecil sahaja tidak seperti zaman sekarang. Namun begitu, perpustakaan sudah menjadi sebahagian dari kehidupan saya yang mana saya sering berkunjung ke perpustakaan setiap kali selesai makan.

“Zaman saya Perpustakaan dikenali sebagai kutubkhanah yang bermaksud rumah kitab dan kalau ada yang masih ingat, Majalah Bujang adalah satu majalah ilmiah dan menjadi kegemaran saya pada masa itu”

“Saya harap Perpustakaan UniSZA akan menjadi ibu kepada seluruh pusat-pusat institusi atau sekolah-sekolah di sekitar sini”, katanya pada majlis Perasmian Minggu Perpustakaan UniSZA, semalam.  

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (TNC A&A) Prof. Dr. Kamarul Shukri Teh, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (TNC HEPA) Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh dan Pejabat Pendaftar Encik Ismail Ahmad.

Pada majlis berkenaan, turut disediakan anugerah istimewa untuk Pertandingan mendeklamasi Sajak A. Samad Said bagi Kategori Pelajar Tempatan dan Antarabangsa, Pertandingan Teka Berat Buku Peminjam Terbanyak untuk pensyarah dan pelajar, Anugerah Pengunjung Paling Aktif dan Cabutan Bertuah.

Sementara itu, Ketua Pustakawan UniSZA, Norul Huda Makhtar berkata, anugerah itu diberikan sebagai tanda penghargaan Perpustakaan UniSZA kepada para pengguna yang aktif meminjam bahan serta kerap mengunjungi perpustakaan

“Kita kena berani untuk mengubah imej baru sepertimana yang dilakukan di sini dengan adanya pelbagai aktiviti sepanjang tahun kerana perpustakaan ini bukan untuk UniSZA sahaja malah untuk komuniti di luar sana juga. “, katanya.

WhatsApp Image 2019 11 14 at 13.59.472 WhatsApp Image 2019 11 14 at 13.59.471 WhatsApp Image 2019 11 14 at 13.59.47

Cetak E-mel