• Utama
  • Berita
  • UniSZA Jalin Kerjasama dengan Etiqa Family Takaful Berhad, Hong Leong Msig Takaful Berhad Dan Malaysian Takaful Association

UniSZA Jalin Kerjasama dengan Etiqa Family Takaful Berhad, Hong Leong Msig Takaful Berhad Dan Malaysian Takaful Association

WhatsApp Image 2019 11 12 at 15.34.551 Kuala Nerus: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menandatangai memorandum persefahaman (MoU) dengan Etiqa Family Takaful Berhad, Hong Leong MSIG Takaful Berhad dan Malaysian Takaful Association di Dewan Senat, hari ini.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, berkata MoU itu bertujuan menjalinkan hubungan kerjasama dalam kalangan para Akademik serta Mahasiswa UniSZA bersama rakan-rakan industri. MoU.

“MoU ini adalah bagi tempoh selama lima tahun yang akan melibatkan aktiviti akademik, penyelidikan dan pertukaran staf akademik serta aktiviti pelajar”

”Ia juga fokus kepada program 2u2i bagi Etiqa Family Takaful Berhad, Hong Leong MSIG Takaful Berhad untuk program ijazah Sarjana Muda Pengurusan Risiko & Takaful dengan Kepujian di UniSZA”, katanya pada majlis berkenaan.

Pada majlis itu, UniSZA diwakili oleh Prof Hassan Basri dan Pendaftar, Ismail Ahmad. Manakala wakil industri iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad, Zafri Ab Halim, Pengurus wilayah Pantai Timur Hong Leong MSIG Takaful Berhad, Mohd Zulkiflee Mamat  dan wakil Malaysian Takaful Association, Shazlyna Abdullah.

Tambah Prof Hassan Basri, jalinan kerjasama itu diharapkan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu UniSZA dan juga pihak Industri.

”Kerjasama ini penting bag penglibatan industri dalam program 2u2i untuk menempatkan pelajar di dalam industri secara berterusan sebagaimana hasrat pendidikan negara”

”Ia juga dapat melahirkan rakan industri sepertimana yang ditekankan dalam revolusi 4.0. sekaligus menyediakan jaringan aktiviti penyelidikan di antara para akademik dan industri”, katanya.

Katanya lagi, MoU diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan pendedahan yang lebih berkesan kepada pelajar berkaitan industri dan seterusnya dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan FPP.

WhatsApp Image 2019 11 12 at 15.34.55

Cetak E-mel