UniSZA tandatangani MoU dengan 5 syarikat di Chiang Mai

Written by Ahmad Wafi on .

WhatsApp Image 2019 11 03 at 12.44.37 Chiang Mai : Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menandatangani Memoramdum Persefahaman (MoU) dengan lima buah syarikat swasta di Chiang Mai, Thailand.

Tiga buah syarikat itu memperbaharui tempoh MoU dan dua buah syarikat lagi adalah kerjasama yang baharu.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, berkata kesemua syarikat berkenaan telah menempatkan pelajar-pelajar UniSZA menjalani latihan industri dan menjadikan jumlah keseluruhannya sehingga kini adalah 7 buah  syarikat swasta di Chiang Mai yang mempunyai MoU dengan UniSZA.

“Ini merupakan satu pendedahan dan pembelajaran di alam kerja di peringkat global merangkumi penerapan nilai-nilai kerjaya, komitmen dan budaya pendekatan menangani tugasan”, katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, sejumlah 135 orang pelajar UniSZA telah mengikuti program mobiliti di Universiti Chiang Mai dan mulai tahun lepas pelajar-pelajar berkenaan telah memperolehi mobiliti berkredit dan sijil pengiktirafan daripada Universiti Chiang Mai yang disenaraikan dalam trankrip akademik pelajar.

“UniSZA telah menjalin hubungan kerjasama dengan Universiti Chiang Mai selama 9 tahun bagi saling meningkatkan kebolehpasaran dan kesediaan kendiri pelajar di peringkat global.

“Selain itu, pihak Universiti Chiang Mai juga telah menghantar pelajarnya mengikuti program mobiliti di UniSZA dan jumlahnya meningkat dari tahun ke tahun dan kini telah mencapai angka melebihi 100 orang pelajar”, katanya.

WhatsApp Image 2019 11 03 at 12.44.361 WhatsApp Image 2019 11 03 at 12.44.36

Cetak