• Utama
  • Berita
  • Syaemeliah Syukur Terima Sumbangan Biayai Kos Pembedahan

Syaemeliah Syukur Terima Sumbangan Biayai Kos Pembedahan

WhatsApp Image 2019 10 08 at 15.43.08 KUALA NERUS – Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Syaemeliah Syahruddin, 22, menarik nafas lega apabila menerima bantuan pembiayaan pembedahan berjumlah RM23,500.00 disini, hari ini.

Syaemeliah yang juga pelajar semester 6, Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Kaunseling, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) menghidap penyakit ‘Adolescent Idiophatic Scolisis’ sejak berumur 16 tahun.

Beliau ketika ditemui berkata, dia kerap merasa sakit serta tidak selesa dan hanya boleh bertahan selama satu jam sahaja untuk belajar di dalam kelas.

“Saya cuma bergantung kepada pain killer sahaja untuk meredakan kesakitan yang saya alami dan ia sedikit sebanyak tidak membantu saya untuk selamanya”, katanya.

“Sebab itu saya membuat keputusan untuk menjalani pembedahan ini dan doktor yang merawat pun beritahu kemungkinan akan lumpuh jika masih berkeras untuk membiarkan sahaja perkara ini”, katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Pembiayaan yang disampaikan oleh Naib Canselor, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Turut hadir, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (TNC HEPA) Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh, Pejabat Pendaftar (Ismail Ahmad), dan Pengarah Pusat Wakaf & Endowmen (Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Bin Adnan).

Sementara itu, Prof. Hassan Basri berkata, sumbangan berkenaan adalah dari gabungan terkumpul oleh Tabung Kebajikan dan Perlindungan Mahasiswa (TKPM) dan Dana Wakaf UniSZA yang bertujuan untuk meringankan beban pelajar dan tujuan pendidikan serta kemudahan pelajar.

“Saya harap agar Syaemeliah dapat meneruskan pengajian dengan baik walaupun menghidap penyakit ini dan  jauh dengan ibu beliau”, katanya ketika majlis berlangsung.

Pembedahan Syaemeliah akan dilakukan pada 17 November ini di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

WhatsApp Image 2019 10 08 at 15.43.07

Cetak E-mel