• Utama
  • Berita
  • UniSZA Jalin Kerjasama dengan UMSIDA bagi pertukaran pelajar

UniSZA Jalin Kerjasama dengan UMSIDA bagi pertukaran pelajar

WhatsApp Image 2019 09 12 at 15.27.171 KUALA NERUS: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengukuhkan lagi hubungan dua hala bersama Universitas Muhammadiyah Sidoarjo (UMSIDA) melalui tandangani Memorandum Perjanjian (MoA), hari ini.

MoA tersebut bagi tujuan pertukaran pelajar antara kedua buah universiti bagi Program Mobiliti Berkredit.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Mohd Afandi Muhammad, berkata, untuk permulaan program,  tiga mahasiswa dari UMSIDA belajar di UniSZA selama empat bulan yang telah memulakan sesi kelas dan waktu belajar mereka pada 9 September baru baru ini.

“Lanjutan dari itu juga, tiga mahasiswa Fakulti Pengajian Kotemporari Islam (FKI) UniSZA  dari program berbeza juga dihantar ke UMSIDA untuk belajar  dalam tempoh yang sama di sana”, katanya pada majlis MoA, di sini.

Pada majlis itu, UniSZA diwakili oleh Prof. Dr. Moihd Afendi manakala UMSIDA ditangani oleh Dekan Fakultas Agama Islam, Dr. Isitiqamah, M.Ag

Prof Afendi berkata, pemilihan pelajar ini bukan hanya berdasarkan pada satu fakulti malahan fakulti dan bidang lain juga akan dipilih pada masa akan datang.

WhatsApp Image 2019 09 12 at 15.27.17 WhatsApp Image 2019 09 12 at 15.27.172 WhatsApp Image 2019 09 12 at 15.27.18

Cetak E-mel