1710 Pelajar baharu ISM mendaftar di UniSZA

WhatsApp Image 2019 09 03 at 16.18.543 Kuala Nerus - Seramai 1,710 pelajar dari seluruh pelosok negara memulakan langkah baharu dalam kehidupan mereka apabila mendaftar diri sebagai warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini hari ini.

Pelajar perempuan menguasai bilangan kemasukan bagi sesi 2019/2020 dengan seramai 1,222 berbanding cuma 488 pelajar lelaki bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda (ISM) dalam bidang pilihan masing-masing. Ini termasuklah Fakulti Biosumber dan Industri Makanan; Fakulti Bahasa dan Komunikasi; Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan; Fakulti Informatik dan Komputeraan; Fakulti Pengajian Kontemporari Islam.
Juga Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Sains Sosial Gunaan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa serta Fakulti Perubatan.

Sementara itu, Fakulti Farmasi turut menerima pelajar sulung seramai 23 orang dan akan ditempatkan di Kampus Besut. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof Madya Dr. Mohd Afandi Salleh berkata, sistem pendaftaran kali ini berbeza dengan sebelumnya supaya lebih lancar dan tersusun “Alhamdulillah, urusan pendaftaran hari ini berjalan lancar kerana pelajar terus mendaftar di kolej kediaman masing-masing dan tidak perlu lagi berkumpul di dewan seperti sebelum ini”.

“Pendaftaran juga telah diuruskan oleh Fasilitator dalam kalangan mahasiswa sendiri dan kakitangan kami hanya membantu mana yang patut”, katanya ketika ditemui.  Mereka yang umumnya ditemani oleh ibu bapa bersama anggota keluarga yang lain sudah berada di kampus induk di Gong Badak di sini seawal pukul 8 pagi bagi menguruskan proses kemasukan di Kolej Kediaman masing-masing.

1,710 pelajar baharu itu akan menjalani Minggu Mesra Siswa (MMS) selama lima hari bermula hari ini.  MMS pada kali ini turut dipenuhi dengan pebagai aktiviti antaranya larian kemanusian, Program Sukarelawan bersama Komuniti dan Bicara Tokoh.

WhatsApp Image 2019 09 03 at 16.18.54 WhatsApp Image 2019 09 03 at 16.18.541 WhatsApp Image 2019 09 03 at 16.18.542

Cetak E-mel