• Utama
  • Berita
  • UniSZA & Laguna Redang Island Resort meterai MoA penyelidikan untuk intervensi kesihatan

UniSZA & Laguna Redang Island Resort meterai MoA penyelidikan untuk intervensi kesihatan

WhatsApp Image 2019 08 25 at 15.34.28 KUALA NERUS, 25 Ogos - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menandatangani satu Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Laguna Redang Island Resort bagi memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama dalam bidang penyelidikan untuk intervensi kesihatan kepada 300 orang pekerja Laguna Redang Island Resort.

Perjanjian ini dimeterai oleh UniSZA yang diwakili oleh Naib Canselor iaitu Prof Dato’ Dr Hasan Basri Awang Mat Dahan dan pihak Laguna Redang Island Resort yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Toh Seng Lip.

Prof Dr Hassan Basri  ketika ditemui berkata, melalui perjanjian MoA itu, UniSZA bersama dengan Laguna Redang Island Resort akan mengkaji tahap kesihatan, pemakanan dan gaya hidup pekerja Laguna yang terdedah dengan cara pemakanan berasaskan makanan laut dan kehidupan bekerja yang padat.

“Seperti yang kita maklum, pekerja Laguna di Pulau Redang dekat dengan sumber laut dan perlu disaring tahap kesihatan sekiranya mengambil makanan laut yang tidak terkawal. Kemudahan perkhidmatan kesihatan seperti hospital juga tiada di Pulau Redang jika berlaku kes kecemasan yang tidak dijangka”

“Kajian penyelidikan ini juga adalah bkolaborasi pertama antara UniSZA dan Laguna dan ia bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik dengan melaksanakan pelbagai program penyaringan, penilaian dan intervensi kesihatan kepada pekerja Laguna”, katanya pada sidang media di Kampus Gong Badak, di sini.

Sementara itu, Toh Seng Lip berkata, pihak Laguna Redang Island Resort telah memberi dana sebanyak RM18,000.00 bagi tujuan penyelidikan dan usahasama itu adalah projek perintis ke atas intervensi kesihatan dan kajian yang boleh dijadikan contoh dan rujukan antara instituti tempatan.

“Kajian fasa pertama telah bermula pada 7 hingga 9 Mac 2019, disusuli fasa kedua pada 27 hingga 29 Jun 2019 dan seterusnya pada 21 Julai 2019 di Laguna Redang Resort, Pulau Redang dan Pejabat Urusan Laguna Redang di Kuala Terengganu. Program intervensi ini akan berterusan sehingga dua tahun”

“Selain itu, kerjasama ini juga memberi ruang kepada penempatan pelajar prasiswazah Fakulti Sains Kesihatan iaitu Ijazah Sarjana Muda Dietetik, Ijazah Sarjana Muda Sains Pemakanan dan juga Diploma Fisioterapi bagi tujuan latihan industri dan projek penyelidikan tahun akhir”, katanya.

Katanya lagi, hasil penyelidikan seperti penerbitan artikel dan produk akhir dijangkakan akan terhasil disamping sumbangan kepada markah My Research Assessment (MyRA 2019) bagi kategori MoA industri.

WhatsApp Image 2019 08 25 at 15.34.281   WhatsApp Image 2019 08 25 at 15.34.29

Cetak E-mel