• Utama
  • Aktiviti
  • KENYATAAN BERKENAAN BAYARAN YURAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU UniSZA

KENYATAAN BERKENAAN BAYARAN YURAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU UniSZA

KUALA NERUS – Untuk makluman mahasiswa dan mahasiswi baharu Ijazah Sarjana Muda UniSZA adalah digalakkan membuat bayaran penuh bagi pendaftaran sesi 2019/2020.

Kadar yuran yang dikenakan adalah merangkumi keseluruhan yuran semester 1 termasuk yuran asrama, yuran pengajian, yuran pendaftaran dan lain-lain.

Sekiranya mahasiswa/i menghadapi masalah kewangan, mahasiswa/i boleh membuat bayaran secara beransur-ansur. Walau bagaimanapun, mahasiswa/i perlu menjelaskan keseluruhan bayaran seminggu selepas tarikh pendaftaran iaitu pada 8 September 2019.

Selepas tarikh tersebut, bagi pelajar yang masih lagi tidak berkemampuan dari segi kewangan akan dirujuk ke bahagian HEPA untuk penilaian seterusnya.

Kaedah pembayaran adalah melalui JomPAY secara internet banking atau JomPAY melalui ATM dimana-mana bank kecuali ATM BSN sahaja.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pusat Pengurusan Kecemerlangan Akademik dan Pengantarabangsaan atau Pejabat Bendahari di talian 09-6687760/ 7917/ 7613.

Sekian, terima kasih.

 

PROF. DATO’ DR. HASSAN BASRI BIN AWANG MAT DAHAN
NAIB CANSELOR UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
5 OGOS 2019

Cetak E-mel