UniSZA, Universti Durham jalin kerjasama

Written by Ahmad Wafi on .

WhatsApp Image 2019 07 27 at 15.25.351 KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Durham, United Kingdom bagi mengukuhkan jaringan kerjasama satu perkongsian maklumat bahan sejarah Melayu yang amat tinggi nilainya.

Memorandum berkenaan ditandatangani oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan manakala Universiti Durham diwakili Naib Canselornya, Prof Professor Stuart Corbridge.

Prof. Hassan Basri berkata, MoU itu juga bertujuan untuk berkolaborasi dalam bidang akademik antaranya pertukaran maklumat dalam bidang kepentingan bersama, perkongsian pengalaman dan penganjuran persidangan, kolokium serta symposium dan pertukaran ahli akademik dan pelajar untuk tujuan penyelidikan.

“UniSZA akan menjaga dan mengkaji lebih kurang 30,000 muka surat manuskrip-manuskrip lama berkait sejarah Melayu yang diambil daripada Durham University, United Kingdom”

“Manuskrip-manuskrip lama tersebut yang telah berusia dan ianya cukup bernilai dan perlu didigitasikan agar manuskrip-manuskrip tersebut kekal dalam bentuk digital,” katanya.

Katanya lagi, manuskrip-manuskrip yang telah didigitasi akan diletakkan di Perpustakaan UniSZA yang menjadi pengkalan digital katalog dokumen-dokumen rasmi berkaitan Sejarah Alam Melayu.

“InsyaAllah, UniSZA akan menubuhkan Pusat Kajian Manuskrip secara atas talian serta menjadi pusat dan tempat rujuk kajian manuskrip Islam yang terbesar di Asia Tenggara”

“UniSZA mahu memastikan ilmu daripada manuskrip ini dapat dimanfaatkan seiring dengan perkembangan industri teknologi (I.R 4.0)”, katanya.

Menurut beliau, kepakaran dan koleksi simpanan Universiti Durham dalam bidang kajian manuskrip dan pendigitalan boleh dimanfaatkan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan khususnya UniSZA melalui pemindahan teknologi serta perkongsian maklumat terutamanya mengenai khazanah manuskrip lama berkaitan Alam Melayu.

“Jalinan kerjasama yang erat dengan Universiti Durham akan membantu Malaysia dalam aspirasi untuk menjadi hab pendigitalan manuskrip lama Alam Melayu”, katanya.

Lawatan kerja selama empat hari ke Durham itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Bakhtiar Wan Chik dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh.

WhatsApp Image 2019 07 27 at 15.25.35

Cetak