• Utama
  • Berita
  • UniSZA Menandatangani Perjanjian Perlesenan (TLA) dengan Duta Edge Sdn Bhd untuk produk i-Wudhu

UniSZA Menandatangani Perjanjian Perlesenan (TLA) dengan Duta Edge Sdn Bhd untuk produk i-Wudhu

WhatsApp Image 2019 07 25 at 15.19.16 KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Menandatangani Perjanjian Perlesenan (TLA) persefahaman (MoU) dengan Duta Edge Sdn Bhd bagi tujuan pembuatan dan pengkomersialan produk i-Wudhu. Naib Canselor UniSZA, Prof Dato Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, perbincangan bersama pihak Duta Edge Sdn. Bhd. telah diadakan pada 2018 dan mereka menunjukkan minat yang serius untuk komersialkan produk i-Wudhu kerana yakin ada potensi.

“Syarikat Duta Edge akan komersialkan produk i-Wudhu melalui kaedah teknologi know-how yang dilesenkan dan diberi milikan secara perlesenan selama tiga tahun”
“Syarikat ini juga akan membayar RM 10,000 bagi tujuan bayaran perlesan untuk tempoh tiga tahun”, katanya pada majlis berkenaan. Sementara itu, pensyarah Fakulti Perubatan UniSZA, Prof Dr. Tengku Mohammad Ariff R. Hussin, berkata produk i-Wudhu adalah cetusan idea daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), YB. Dato’ Haji Che Mohd Rahim Jusoh.

“Hasil pertemuan dan dan perbincangan beliau dengan saya, produk ini telah berjaya dibangunkan dan turut dibantu oleh dua lagi pensyarah UniSZA”. “Produk ini adalah mesin mengambil wuduh mudah alih bagi kegunaan pesakit yang mengalami kesukaran untuk bergerak”, katanya.

Katanya lagi, sensor pada mesin i-Wudhu itu dapat mengesan pergerakan pesakit dan mengeluarkan semburan air bagi memudahkan pesakit menyempurnakan wudhu.
“Kami telah menerima beberapa anugerah untuk produk ini antaranya The Best Award dan pingat Emas di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2018 serta pingat Emas di Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2018”, katanya ketika ditemui.

WhatsApp Image 2019 07 25 at 15.19.15

Cetak E-mel