Iftar Jamaie Fakulti Perubatan, UniSZA 2019

Written by Ahmad Wafi on .

iftarfk1 KUALA TERENGGANU 22 MEI- Program berbuka puasa , Iftar Jamaie@Fakulti Perubatan telah diadakan dengan kerjasama Persatuan Pelajar Perubatan dan Kelab Pelajar Sains Kejururawatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Program berbuka puasa ini diadakan pada setiap tahun sejak tahun 2015 dan semua pelajar serta kakitangan fakulti,  warganegara dan bukan warganegara telah bergotong-royong memasak hidangan berbuka puasa untuk menjamu tetamu yang hadir.

Program ini bermula pada 09.00 pagi untuk persiapan dan acara memasak masakan. Pada tahun ini terdapat tujuh kumpulan yang memasak pelbagai menu makanan tempatan dan antarabangsa. Antara menu tempatan yang disediakan  ialah Gulai Daging Kawah, Nasi Putih Berlauk Kampung, Mee Rebus, Laksa Penang dan kuih muih tradsional. Manakala menu antarabangsa yang dimasak ialah Nasi Beriani Pakistan, Soohun Sup Myanmar dan lain-lain.

Program berbuka puasa ini disempurnakan dengan kata-kata aluan oleh Prof.Dr. Nordin bin Simbak, Dekan Fakulti Perubatan dan diteruskan dengan ucapan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Afandi bin Salleh, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UniSZA . Acara seterusnya diteruskan dengan program Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Solahuddin Zakaria, Imam Masjid Khalifah, Jalan Pusara, Kuala Terengganu pada pukul 06.30 petang. Tepat jam 7.25 petang, majlis berbuka puasa dinikmati oleh tetamu dengan jamuan berbuka ringan, solat fardhu Magrib berjemaah dan seterusnya jamuan berbuka. 

Menurut Prof. Dr. Zawawi bin Nordin, Pengarah Iftar Jamaie dalam kenyataannya semalam program ini mengajar supaya semua kakitangan dan pelajar bertawassul dengan apa yang dibuat untuk memohon kemuliaan di akhirat nanti. “Iman yang paling rendah membuang duri di tepi jalan, inikan pula kita yang memberi makan kepada orang yang berpuasa”. Secara keseluruhannya, program ini diharapkan  memberi makna dan penghayatan berbuka beramai-ramai di bulan Ramadhan kepada semua pihak yang hadir.

iftarfk2 istaffk3 istarfk4

Cetak