UniSZA UA Pertama di Malaysia Lantik Pelajar Sebagai Ahli Senat

WhatsApp Image 2019 05 26 at 12.48.13 Kuala Nerus – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melakar sejarah apabila menjadi Universiti Awam (UA) pertama di Malaysia yang melantik dua pelajar menjadi ahli senat Universiti, manakala dua lagi sebagai pemerhati.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, itu adalah langkah strategik UniSZA yang menyahut seruan YB Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mahu memberi nafas baru dalam proses ‘student empowerment’.

“Keempat pelajar yang kita lantik adalah dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan telah memulakan mesyuarat bulanan senat hari ini”

“Tempoh lantikan mereka selama dua tahun atau tamat pengajian dan InsyaAllah untuk akan datang pihak UniSZA akan lantik lebih ramai lagi” katanya ketika ditemui.

 Pelajar yang dilantik itu adalah Harun Osman, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) , Ahmad Kamil Makhtar (Ijazah Sarjana Muda Perakaunan), Ahmad Suffian Mohd Dalizan (Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa) dan Ain Syazana Zolkepli (Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan).

Cetak E-mel