UniSZA Universiti Pertama Lancar Sistem Daftar Aset Wakaf

Written by Ahmad Wafi on .

wakaf22 KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melangkah setapak lagi dalam pengurusan wakaf pendidikan apabila melancarkan sistem daftar aset wakaf UniSZA dan menjadi institusi pendidikan pertama di Malaysia yang memperkenalkan inisiatif ini.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, sistem itu merupakan satu pangkalan data yang lengkap, tepat dan terkini berkaitan sumbangan wakaf dalam bentuk bukan tunai.

“Dengan adanya sistem ini, ia memudahkan pengesanan dan pemantauan aset wakaf untuk memelihara kelestarian sifat, bentuk dan kebolehgunaannya”

“Dalam masa yang sama, sistem ini memudahkan penyelenggaraan, penggantian, pelupusan dan hapus kira sesuatu aset wakaf”, katanya pada masjlis pelancaran bersempena program Munaqasyah Ilmu Pengurusan Wakaf Pendidikan anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA dan Pusat Islam UniSZA;

Menurut Prof Hassan, inisiatif itu bertitik tolak dari kesukaran yang dihadapi oleh pihak pengurus wakaf dalam pengurusan aset wakaf yang jelas sekali berbeza dengan pengurusan aset bukan wakaf, sekali gus memelihara amanah daripada pihak pewakaf.

wakaf11 wakaf33

 

Cetak