35 PELAJAR UniSZA SERTAI JELAJAH MASJIDKU SYURGAKU

Written by Ahmad Wafi on .

masjid11 Kuala Nerus – Seramai 35 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai program Jelajah Masjidku Syurgaku Siri 1 yang berlangsung di Masjid Tg Nik Haji, Batu Burok.

Program anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UniSZA itu bertujuan menjadikan Masjid Tg Nik Haji dan kawasan persekitarannya sebagai kawasan yang bersih, indah dan ceria.

Pengarah program, Mohamad Iskandar Prastio@Basiran berkat,  ia turut memupuk semangat bersatu padu dan bekerjasama antara satu dengan yang lain dalam menjayakan aktiviti itu selain memperkasakan diri mahasiswa dengan semangat kesukarelawanan dan lebih bertanggungjawab serta prihatin terhadap kemudahan yang telah disediakan.

“Alhamdulillah, melalui program ini, hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat dan mahasiswa dapat dieratkan dengan melalukan aktiviti seperti mengecat tempat letak kereta, membersihkan kawasan dalam masjid, mengemas stor dan membersihkan tandas, katany ketika ditemui.

Beliau berarap agar program itu menjadi tunjang dalam memperkasakan serta memperkukuhkan lagi peribadi pelajar untuk memimpin diri sendiri dengan melengkapkan personaliti bukan hanya berpegang pada status akademik yang cemerlang sematamata tetapi menitiberatkan juga dari sudut kerohanian.

masjid22 masjid44 masjid33

Cetak