• Utama
  • Berita
  • PROGRAM "KESEJAHTERAAN EMOSI TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

PROGRAM "KESEJAHTERAAN EMOSI TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

Kaun22 Unit Kaunseling, Pejabat Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah mengadakan Program "Kesejahteraan Emosi Tanggungjawab Bersama” pada 14 Februari 2019 (Khamis) bertempat di Bilik Aktiviti Unit Kaunseling, Kampus Gong Badak, UniSZA.  Program ini telah dihadiri seramai 120 peserta. Program ini telah dikendalikan oleh Pegawai Psikologi Kanan, Unit Kaunseling, PTNC HEPA iaitu Puan Husni Munirah Binti Hashim.

Pada masa kini kehidupan manusia penuh dengan cabaran dan persaingan yang memerlukan seseorang individu mempunyai kekuatan mental dan fizikal dalam menghadapi segala rintangan serta meneruskan hidup dengan ceria dan positif. Akan tetapi dengan hanya mempunyai kekuatan mental dan fizikal adalah tidak cukup untuk membantu seseorang individu meneruskan kehidupan kerana individu akan berhadapan dengan pelbagai masalah seperti masalah ekonomi, kesihatan, sosial, kerjaya, keselamatan dan pelbagai lagi. Bagi menjadikan seseorang individu itu kuat untuk menghadapi semua cabaran dalam kehidupan adalah penting mempunyai kekuatan emosi atau lebih dikenali sebagai kecerdasan emosi.

Menyedari hakikat ini, Unit Kaunseling, HEPA telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Program “Kesejahteraan Emosi, Tanggungjawab Bersama” dalam usaha mempromosi dan memberi pendedahan tentang peranan Unit Kaunseling  terutama bagi mahasiswa baharu. Diharapkan mahasiswa dapat celik akal dalam menguruskan masalah dan seterusnya melahirkan mahasiwa yang sejahtera emosi dan minda untuk kecemerlangan pembelajaran.

         Secara keseluruhannya, sambutan yang diterima daripada peserta amat menggalakkan dan reaksi yang diberikan adalah positif. Justeru, Unit Kauseling PTNC, HEPA berharap dapat menganjurkan lagi program seumpama ini pada masa akan datang.

Kaun11 Kaun33

Cetak E-mel