• Utama
  • Berita
  • 40 PESERTA KAYOHAN MAHABBAH BASAH KUYUP REDAH HUJAN

40 PESERTA KAYOHAN MAHABBAH BASAH KUYUP REDAH HUJAN

UCT22 KUALA NERUS – Seramai 40 pengayuh sanggup berbasah kuyup meredah hujan sejauh 80 KM ketika menyertai Program   Kayohan Mahabbah yang bermula di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak sehingga UniSZA Kampus Besut.

Pengarah Program, Wan Shahrin Azwan Wan Sulaiman berkata, program anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Invoasi) yang diadakan sempena musim tengkujuh itu adalah bertujuan mengeratkan ukhwah sesama ahli UCT dan komuniti luar.

“Program ini tidak mengehadkan umur peserta dan memang terbuka kepada semua orang untuk menyertainya disamping kita mahu berkenalan sesama peminat kayuhan basikal di negeri ini”

Katanya lagi, sepanjang program tersebut, peserta terpaksa berhadapan dengan hujan lebat sesuai dengan temanya kayuhan musim tengkujuh sekaligus memberi cabaran kepada peserta untuk menamatkan kayuhan sejauh 80 KM itu.

“Kita juga berasa teruja kerana dapat membawa Ikon Sukan PRO Rider iaitu Anuar Manan untuk turut bersama berkayuh serta berkongsi dan menimba ilmu kayuhan dengan beliau”, katanya.

Penasihat UniSZA Cycling Team (UCT), Prof Ir Dr. R Badlishah Ahmad, berkata beliau merancang untuk meneruskan lagi program kayuhan seperti itu ke Insititut Pengajian Tinggi (IPT) sekitar negeri Terengganu pada masa akan datang.

“InsyaAllah kita akan ke IPT di setiap daerah seperti UiTM Dungun, Tatiuc Kemaman, Politekik Hulu Terengganu dan UCB di Besut untuk mengeratkan lagi hubungan UniSZA dan IPT berkenaan”

“Program ini akan dijadikan sebagai acara tahunan UCT dalam usaha merapatkan ukhuwah warga UniSZA dan komuniti luar selain menyemarakkan semangat kesukanan iaitu berbasikal secara beramai-ramai,” katanya.

Beliau amat gembira atas komitmen penggemar sukan berbasikal kerana semangat kesukanan mereka yang tinggi termasuk tidak mahu melepaskan peluang menimba pengalaman berkayuh bersama-sama dalam cuaca hujan.

UCT11 UCT33

Cetak E-mel