• Utama
  • Berita
  • MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA) ANTARA UniSZA & UCB

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA) ANTARA UniSZA & UCB

UCB1 AHAD, 14 OKTOBER 2018: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Pejabat Pengarah Kampus Besut telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan University College Bestari (UCB) bertempat di Fakulti Biosumber & Industri Makanan (FBIM).

Majlis ini adalah satu platform perkongsian kepakaran yang dapat mempertingkatkan lagi kualiti akademik bagi kedua-dua pihak. Seramai hampir 20 wakil yang terdiri daripada ahli-ahli pengurusan tertinggi dan kakitangan sokongan serta 40 pelajar dari UCB hadir memeriahkan acara. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UniSZA, Prof. Dr. Mahadzirah binti Mohamad, Pengarah Kampus Besut, Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman berserta ahli-ahli pengurusan tertinggi dan kakitangan sokongan UniSZA.

Naib Canselor UCB, Prof. Dr. Sakri bin Ibrahim dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr. Zubaidi bin A. Latif telah menandatangani dokumen perjanjian pada jam 10.00 pagi. Acara tersebut turut disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola UCB, YM Prof. Dato Dr. Haji Tengku Mahmud bin Mansor.

Setelah acara menandatangani dokumen perjanjian selesai, pihak pengurusan UCB menyerahkan tabung waqaf PEYATIM kepada UniSZA. Setelah itu, dif-dif jemputan mengadakan lawatan ke beberapa makmal pemprosesan makanan di FBIM.

Para jemputan turut melawat tapak-tapak pameran produk makanan yang melibatkan pelajar FBIM dan UCB di pekarangan kaki lima utama FBIM dan seterusnya bersurai pada jam 11.30 pagi.

UCB2 UCB3 UCB4 UCB5

Cetak E-mel