WARGA UniSZA BENCI DADAH

Dadah1 Kuala Nerus – Seramai 500 warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hadir di program Bila Diri Disayangi yang berlangsung di Dewan Al Muktafi Billah Shah, Kampus Gong Badak.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif, berkata program itu diadakan bagi mendidik dan memberi kesedaran kepada peserta tentang bahayanya penyalahgunaan dadah.

“Program ini juga menekankan elemen pengisian rohani dan jasmani ke arah menguatkan fizikal dan mental peserta dalam menempuh kehidupan kampus yang sentiasa penuh dengan cabaran”

“Peserta diberikan kesedaran penyalahgunaan dadah melalui 5 slot khas menyentuh mengenai kesan dadah dari sudut agama, kesihatan dan juga impak kepada individu dan keluarga”, katanya.

Pada program itu juga, Pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)  turut menjemput penagih tegar yang telah insaf melalui slot “Aku Kembali ke Pangkal Jalan” untuk memberikan perkongsian kepada peserta mengenai kesan buruk akibat dadah.

Menurut Dr Ahmad Zubaidi, program  telah diisi dengan pameran dari pihak AADK dan Penjara Marang yang memaparkan kesan buruk dadah dan hukuman yang diberikan kepada individu yang disabitkan kesalahan seperti hukuman gantung dan sebatan.

“Kami berharap agar program ini akan diadakan secara berkala untuk membendung warga UniSZA daripada terlibat dengan najis dadah”, katanya.  

Program itu merupaka anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA dan Pejabat Naib Canselor dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pejabat Pendaftar dan Fakulti-fakulti UniSZA.

Dadah2 Dadah3

Cetak E-mel