SELAMATKAN AKU DARI NAFSU DUNIAWI

aku1 Kuala Nerus - Seramai 90 pelajar Diploma Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai Program Selamatkan Aku Dari Nafsu Duniawi

Program anjuran Unit Kaunseling itu bertujuan menyuntik kesedaran kendiri kepada para peserta mengenai isu komunikasi lama maya yang boleh menjurus ke arah salahlaku moral, sosial, dan seksualiti remaja masa kini.

Ketua Unit Kaunseling, Rosni Mohammad, berkata pihaknya sentiasa komited mengadakan program sebegini kerana ia merupakan satu platform penting bagi menyuntik kesedaran dalam diri mahasiswa bagi menjauhi diri dari terlibat dalam sebarang salah laku yang boleh merosakkan masa depan mereka.

“Ini kerana, sahsiah diri merupakan perkara penting yang akan menentukan akhlak, corak dan penampilan individu dalam semua aspek kehidupannya”

“Penampilan gaya hidup yang sihat dan sejahtera akan terhasil daripada  ketinggian sahsiah dan keperibadian seseorang insan”, katanya pada program berkenaan,

Menurut Rosni, program seumpama itu akan diteruskan lagi pada masa akan datang dalam melahirkan modal insan yang berguna kepada agama dan negara.

 Program selama setenggah hari ini telah menampilkan dua orang penceramah terdiri daripada Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial Gunaan, Dr. Muhamad Fazil Ahmad dan Pegawai Psikologi Kanan Unit Kaunseling, Nur Amalyna  Radzali.

aku2   aku3

Cetak E-mel