1,926 PELAJAR BAHARU MENDAFTAR DI UniSZA

daftar3 Kuala Nerus – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini menerima pendaftaran kemasukan 1,926  pelajar baharu bagi sesi akademik 2018/2019 di Kampus Gong Badak, dekat sini.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif berkatam jumlah tersebut merangkumi pelajar di 31 program Ijazah menerusi 12 fakulti, antaranya bidang Pengajian Islam, Sains Sosial, Perubatan, Perakaunan dan Undang-Undang.

Beliau memberitahu, 64.34 peratus daripada jumlah keselurahan pelajar baharu itu merupakan pelajar perempuan manakala 35.66 peratus lagi penuntut lelaki.

“Alhamdulillah, pendaftaran hari ini berjalan dengan lancar dan pelajar serta keluarga masing-masing memenuhi dewan semenjak dari pagi lagi sehingga tenghari”

“Malah, kita juga turut sediakan kemudahan Singgah Musafir iaitu Ruang Rehat 24 jam dan edaran sarapan pagi kepada keluarga terutamanya ibu bapa sementara menunggu anak massing-masing melakukan proses pendaftaran”, katanya.

Tambahnya lagi, pelajar baharu itu akan menjalani Minggu Mesra Siswa (MMS) selama lima hari bermula hari ini.

daftar1   daftar2   daftar4   daftar5

Cetak E-mel