• Utama
  • Berita
  • SILAT CEKAK HANAFI UNISZA KEMBALI RAIH PINGAT

SILAT CEKAK HANAFI UNISZA KEMBALI RAIH PINGAT

Silat3 Gambang, 21 April- Pasukan Silat Cekak Hanafi yang diwakili pesilat lelaki dan wanita Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (SCH) UniSZA sekali lagi mengharumkan nama universiti apabila muncul tempat ketiga keseluruhan IPT lelaki di Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi (KWNSCH) ke-21 di Bukit Gambang, Resort City, Pahang semalam.

Penasihat SCH UniSZA, Muhammad Hafiz Abdullah, berbangga dengan kejayaan pasukan pesilat UniSZA itu. “Walaupun hanya empat kategori sahaja yang memperolehi pingat, ia merupakan kejayaan yang besar bagi SCH UniSZA kali ini berbanding tahun sebelum ini”.

“Rentetan kejayaan ini, SCH UniSZA akan berusaha untuk melahirkan lebih ramai pesilat yang hebat sebagai pelapis bagi meneruskan lagi legasi silat dan melahirkan mahasiswa yang holistitik dan lebih berdaya saing,” katanya.

Sebanyak 32 buah kontinjen yang terdiri daripada 14 buah IPT, 13 buah sekolah dan 5 buah kelas awam telah menyertai kejohanan pada kali ini. Jumlah keseluruhan peserta yang terlibat adalah seramai 750 orang peserta. 48 orang juri bertauliah telah terlibat dalam menilai keaslian buah dan ciri-ciri persembahan para peserta yang bertanding.

Majlis Penutup KWNSCH kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Azlan Bin Haji Osman, Pengarah, Kolej Profesional MARA, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Kejohanan  kali ke-21 ini dianjurkan oleh cawangan persatuan negeri Pahang Darul Makmur.

KEJAYAAN UniSZA

SCH UniSZA telah menghantar dua pasukan bersempena kejohanan itu iaitu pasukan lelaki dan wanita. Sebanyak 8 kategori yang telah dipertandingkan iaitu menangkis serangan pisau, menangkis serangan kaki, menangkis serangan tongkat, umum, persembahan di atas papan sekeping, adegan praktikal, senaman Asas Wajadiri & 6 buah Jatuh Kreatif dan buah Jatuh (6 buah seragam).

SCH Unisza telah memperolehi 14 pingat kemenangan, bagi kategori adegan praktikal lelaki 4 pingat emas telah dimenangi oleh Mohamad Akmal Bin Wahid, Muhammad Firdaus Bin Nor Azlan Shah, Zulkefli Bin Gunting, Hasyim Bin Rosli. Bagi kategori sepasang tongkat lelaki, 2 pingat perak telah dimenangi oleh Hasyim Bin Rosli dan  Mohamad Akmal Bin Wahid. Bagi kategori sepasang kaki wanita pula, 2 pingat gangsa telah dimenangi oleh Norrfarhana Binti Ideris dan Siti Nur Fatihah Binti Usman @ Yusiami. Bagi kategori buah jatuh wanita, 6 pingat gangsa telah dimenangi oleh Ain Munirah Binti Khairul Anwar, Nor Azreen Binti Mohd Fazilah, Nur Muzillah Binti Imamuzel, Nurathirah Binti Mohd Safain, Nurul Hidayah Nasuha Binti Muhammad Anuar dan Nurul Shahida Binti Adenan.

Silat1    Silat4   Silat2  

Cetak E-mel