PROGRAM JALINAN KASIH NUR CITY CENTER FSSG

WhatsApp Image 2017 12 20 at 4.10.41 PM Bachok – Mahasiswa Pusat Pengajian Kerja Sosial FSSG Semester 1 2017/2018 telah berjaya menganjurkan Program Jalinan Kasih Nur City Center pada 25 November 2017 bertempat di Rumah Perlindungan Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal HiV Nur City Center, Bachok Kelantan.

Program ini diadakan bertujuan untuk membina hubungan silaturrahim yang baik diantara mahasiswa dan masyarakat-masyarakat setempat, membina semangat kerjasama di antara ahli kumpulan, memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan mahasiswa Kerja Sosial dan membina semangat kepimpinan dan tanggungjawab dalam masyarakat setempat.

Nurul Aida Binti Hamdan, Pengarah Program Jalinan Kasih Nur City Center memaklumkan bahawa program ini melibatkan kanak-kanak dan ibu tunggal yang menghidapi virus HIV yang berlindung di pusat asuhan kerana ingin bebas daripada pemikiran masyarakat yang cetek ilmu pengetahuan tentang virus HIV. Menurut beliau lagi, masyarakat beranggapan virus ini dapat dijangkiti melalui sentuhan walaupun hal itu sama sekali tidak benar dan kedatangan mahasiswa UniSZA ke pusat asuhan ini bagi menidakkan fakta berkenaan.

Diharapkan program seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi menyuburkan semangat kemasyarakatan di kalangan mahasiswa FSSG.

WhatsApp Image 2017 12 20 at 4.10.41 PM 2   WhatsApp Image 2017 12 20 at 4.10.41 PM 3   WhatsApp Image 2017 12 20 at 4.10.41 PM 4   WhatsApp Image 2017 12 20 at 4.10.41 PM 5

Cetak