PROGRAM KHIDMAT BAKTI ‘MASIH ADA YANG SAYANG’ FSSG

WhatsApp Image 2017 12 20 at 4.13.03 PM 4 Besut – Mahasiswa Pusat Pengajian Kerja Sosial FSSG Semester 1 2017/2018 telah berjaya menganjurkan program Khidmat Bakti “Masih Ada Yang Sayang” pada 10 November 2017 bertempat di Rumah Anak Yatim Perkaya Besut, Kampung Pondok Paku, Jabi Besut, Terengganu.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pengalaman dan manfaat kepada 10 orang pelajar Kerja Sosial semester 1 ke arah membentuk jati diri sebagai seorang mahasiswa/i yang lebih bertanggungjawab dan memainkan peranan yang penting dalam kalangan masyarakat kelak.

Nur Dini Madihah Ghazaini, Pengarah Program Khidmat Bakti ‘Masih Ada Yang Sayang’ berkata, program ini banyak mendedahkan para peserta dengan pengalaman sebenar bagaimana cara  untuk mendekati masyarakat yang memerlukan dengan mengadakan aktiviti yang berilmu, berketerampilan dan  mapan sebagai persediaan membentuk generasi pelapis dalam kepimpinan serta menerapkan kemahiran pemikiran kritikal dalam penyelesaian masalah untuk pembelajaran sepanjang hayat.

Diharapkan program seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi menyuburkan semangat kemasyarakatan di kalangan mahasiswa FSSG.

WhatsApp Image 2017 12 20 at 4.13.03 PM 6   WhatsApp Image 2017 12 20 at 4.13.03 PM

Cetak