MAHASISWA FSSG UniSZA ANJUR CAKNA KOMUNITI 2017

cakna1 Kuala Nerus – Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG) telah berjaya menganjurkan Mahasiswa Cakna Komuniti 2017 pada 30 November 2017 bertempat di Masjid Gong Pok Jin, Kuala Nerus, Terengganu.

Prof. Madya Dr. Norizan Abdul Ghani selaku penasihat kepada program ini memaklumkan bahawa aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberikan pengalaman dan sumbangan kepada masyarakat setempat disamping memberi pendedahan kepada para mahasiswa tentang pentingnya semangat kesukarelawanan.

Program ini dijalankan oleh para pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) semester 5 di bawah subjek “Pembangunan Komuniti”. Selain itu, program ini juga turut mendedahkan kepada pelajar tentang pengaplikasian pengetahuan di luar kuliah.

Di samping itu, ia juga dapat mengeratkan lagi ukhuwah silaturahim antara mahasiswa dan penduduk kampung berdekatan. Justeru dapat meningkatkan semangat satu pasukan dan saling tolong-menolong dalam satu komuniti yang membangun.

Diharapkan program seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi menyuburkan semangat kemasyarakatan di kalangan mahasiswa FSSG.

cakna4   cakna2   cakna3

Cetak E-mel