Pengenalan Ringkas

PENGENALAN RINGKAS

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merupakan salah sebuah Universiti Awam (UA) yang terletak di negeri Terengganu Darul Iman. Universiti ini menawarkan pelbagai kursus pengajian di peringkat pengajian asasi, diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.

Sistem Pengajian

UniSZA melaksanakan sistem pengajian berpandukan sistem semester. Tahun akademik dibahagikan kepada dua semester lazim iaitu Semester I dan Semester II.  Di Samping dua semester lazim ini, terdapat satu semester pendek iaiti Semester III (Semester Khas) yang diadakan dalam masa cuti  pada akhir tahun akademik.

Kemasukan pelajar

Kemasukan pelajar UniSZA ialah satu kali setahun iaitu bagi program Diploma kategori SPM/Setaraf pada bulan Jun dan program Sarjana Muda kategori STPM/Setaraf pada September setiap tahun.

Kemudahan dan Perkhidmatan

UniSZA menyediakan kemudahan seperti Perpustakaan, Bengkel dan makmal Komputer berasaskan aplikasi dan amalan, ruang kuliah, perkhidmatan pelajar dan koperasi, pengangkutan, kolej kediaman yang kondusif, perkhidmatan kaunseling dan kerjaya, kafeteria dan juga mesin ATM dalam kampus.

Keterangan Biasiswa dan Pinjaman Pengajian

Pelajar dibenarkan memohon biasiswa / dermasiswa / pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan dari badan-badan penganjur yang layak dipohon. Syarat dan peraturan penajaan / pinjaman tertakluk kepada pihak yang berkenaan.

Cetak E-mel