LARIAN INTERAKSI UNISZA KAMPUS BESUT

09.18 KT Larian Interaksi 1 Tembila: Pusat Sukan dan Rekreasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Pejabat Pengarah Kampus Besut telah menganjurkan Larian Interaksi UniSZA Kampus Besut 2016 bersempena dengan kemasukan pelajar baru Sesi 2016/2017.

Larian interaksi ini telah bermula pada jam 4.30 petang dan telah berjaya menarik penyertaan hampir 1000 orang peseta dalam kalangan warga UniSZA.

Tujuan larian Interaksi ini diadakan adalah bagi memupuk tali silaturrahim dalam kalangan pelajar baru, pelajar senior juga staf akademik dan bukan akademik di KTB.

Selain itu, ia juga bertujuan memberi pendedahan kepada semua pelajar baru dan lama dalam membina nilai-nilai dan gaya hidup sihat di samping mengenali kawasan sekitar Kampus Besut justeru menjadikan warga UniSZA bergiat secara aktif dalam aktiviti riadah serta membentuk jati diri pada setiap individu

Larian interaksi ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi mengekalkan keunikan serta keindahan kampus selain menambah aktiviti bagi menarik minat pelajar melakukan aktiviti gaya hidup sihat.

Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Pengarah Kampus Besut, Dr. Khamsah Suryati binti Mohd.

09.18 KT Larian Interaksi 3   09.18 KT Larian Interaksi 4  

 

 

 

 

 

 

Cetak E-mel