KIK UniSZA BERJAYA MENERIMA ANUGERAH EMAS

14151686 1345642708798984 439201062 o KOTA BHARU – Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) sekali lagi telah berjaya menaikkan nama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) apabila ketiga-tiga kumpulan  yang dihantar bertanding berjaya mendapat Anugerah Emas di dalam Konvensyen Team Excellence Wilayah Pantai Timur 2016 yang dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Pertandingan ini telah diadakan pada 23 hingga 24 Ogos 2016 bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

Dalam pertandingan ini, UniSZA telah menghantar ketiga-tiga kumpulan yang cemerlang di dalam Konvensyen KIK Peringkat UA Kebangsaan 2016 baru-baru ini diketuai oleh kumpulan Epsilon dan Mantech bagi Kategori Teknikal serta i-CON PHILOLIB bagi Kategori Pengurusan.

Kumpulan Epsilon masih lagi mempertaruhkan ‘killer’ produk mereka iaitu A Low Cost Benchtop 3-Axis CNC Milling Machine for Teaching and Learning Purpose. Kewujudan mesin ini adalah khusus untuk pembelajaran bagi subjek CNC Technology di mana pelajar akan belajar semasa kelas teori (programming) dan semasa latihan amali (practical). Kumpulan Mantech pula mempertaruhkan Forming Arc Jigs iaitu produk yang mempercepatkan proses kerja melarik bagi subjek Conventional Machining yang bertujuan melatih pelajar untuk mendapatkan ukuran yang ditetapkan di dalam ‘lab sheet’ amali. Manakala kumpulan i-CON PHILOLIB yang dianggotai oleh kakitangan Perpustakaan UniSZA telah menghasilkan produk yang bernama Al-Luqotoh. Produk ini dihasilkan untuk memudahkan proses tuntutan lambakan barang yang tercicir di perpustakaan.

Dengan meraih Anugerah Emas ini, maka ketiga-ketiga kumpulan ini layak untuk bertanding di Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan yang dijangka berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 25 hingga 27 Oktober 2016 nanti. Semoga ketiga-tiga kumpulan ini akan terus memperoleh kejayaan sekaligus mengharumkan nama UniSZA.

Cetak E-mel