LAWATAN KERJA STAF PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI UTHM

PKP 1 Kuala Nerus: Pada 4 Ogos 2016 Pusat Kesihatan Pelajar UniSZA telah menerima lawatan kerja daripada staf Pusat Kesihatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Parit Raja, Johor. Mereka diketuai oleh Pengarah Pusat Kesihatan Universiti Dr. Zulkifli bin Taat.

Staf PKU UTHM yang hadir seramai 36 orang terdiri dari Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Pegawai farmasi ,Ketua Jururawat, Jururawat dan staf pentadbiran. UTHM.

Lawatan muhibbah ini adalah bertujuan bagi memantapkan lagi hubungan kerjasama  di antara Pusat Kesihatan UTHM dan Pusat Kesihatan Pelajar UniSZA.

Selain dari itu, dengan adanya lawatan ini diharap mampu menjadi medan percambahan ilmu dan pertukaran idea di antara staf , dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada warga Universiti. Ahli-ahli rombongan telah diberi taklimat oleh Ketua Pusat Kesihatan Pelajar UniSZA (PKP) iaitu Dr. Yusmina binti Mohd Yusof.

Selepas taklimat ahli-ahli rombongan dibawa melawat Klinik PKP dan sekitarnya. Turut meraikan rombongan tersebut termasuklah staf pentadbiran PKP Unisza.

PKP 3

Cetak E-mel