1,418 UniSZA TERIMA ANUGERAH

apc2 Kuala Nerus: Seramai 1,418 kakitangan dan ahli akademik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima anugerah masing-masing pada Majlis Syarahan Tahunan Naib Canselor & Anugerah Kecemerlangan UniSZA, di Dewan Gemilang, semalam.

Pada majlis berkenaan, seramai 930 orang merupakan penerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang (SPC), 143 penerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 345 penerima Sijil Sifar Cuti Sakit (SSCS)

Selain itu, seramai 10 kakitangan akademik turut menerima Anugerah Ganjaran Penerbitan 2015 serta Anugerah Insentif Inovasi 2015 yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Pembangunan), Prof Dr. Mohd Ekhwan Toriman.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr. Mahadzirah Mohamad pula menyampaikan anugerah kepada penerima Anugerah Royalti Buku Tertinggi dan Anugerah Royalti Terbitan PdP Tertinggi.

Sementara itu, empat pensyarah UniSZA turut menerima Anugerah Pensyarah Tamat PHD Dalam Tempoh iaitu Dr Suffian Mohamad Tajudin, Dr Azman Azid, Dr. Noor Afiza Badaluddin dan Dr. Salman Amiruddin.

Majlis gilang gemilang itu turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dato' Haji Alimuddin Haji Mohd Dom.

 

Cetak E-mel