PROGRAM MOTIVASI PERSEDIAAN PSIKOLOGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN 2016

Kuala Nerus: Seramai 130 pelajar UPSR menyertai program motivasi persediaan psikologi menghadapi peperiksaan yang diadakan pada 21 April 2016 di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak.

Pengarah Program berkata kecemerlangan akademik merupakan matlamat utama kebanyakkan pelajar dan merupakan kayu pengukur yang menentukan tahap kejayaan pelajar di sekolah.

“Kecemerlangan dalam bidang akademik dapat menujukkan sejauh mana ilmu di dalam sesuatu bidang yang dipelajari itu mampu dikuasai,”katanya.

Program anjuran Unit Kaunseling, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin dilakukan oleh 15 fasilitator terlatih yang terdiri daripada Pembimbing Rakan Siswa UniSZA.

Program tersebut dilaksanakan bertujuan memberi peluang kepada peserta untuk membuat persiapan daripada segi psikologi lebih awal sebelum menduduki peperiksaan dan meningkatkan keyakinan diri peserta untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik mahupun sosial bagi merealisasikan aspirasi sebagai seorang pelajar cemerlang.

Cetak