UniSZA RAIH 100 PERATUS PINGAT DI ITEX 2016

itex1 Kuala Lumpur: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus membuktikan kejayaan yang membanggakan apabila merangkul seratus peratus pingat pada 27th International Invention & Innovation Exhibition ITEX 2016 yang berlangsung bermula 12 – 14 Mei lalu bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM), Prof Madya Dr. Saiful Bahri Mohamed, berkata UniSZA telah menghantar 13 produk dan berjaya meraih lapan pingat emas, empat pingat perak dan satu gangsa.

“Kemenangan ini lebih bermakna lagi apabila produk Structure Analysis of 3 – Axis CNC Milling Machine hasil ciptaan Zammeri Abd Rahman dan pasukan beliau dari Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi (FRIT) telah berjaya menerima Anugerah Khas The JIPA Award for the Best Invention in Design.

“Kejayaan ini adalah satu kejayaan besar UniSZA di mana jumlah pencapaian pingat pada tahun ini adalah lebih baik pada tahun sebelumnya,” katanya ketika ditemu pada majlis penyampai hadiah.

Pemeran yang berlangsung selama tiga hari itu telah dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Madius Tangau.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Pembangunan), Prof. Dr. Mohd Ekhwan Toriman yang diiringi Timbalan Pengarah Inovasi Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM), Dr. Zarina Mohamad serta pengunjung yang terdiri daripada pelawat industri, pelajar universiti dan sekolah.

ITEX 2016 berjaya menghimpunkan lebih 1000 penyelidikan oleh penyelidik universiti, pusat penyelidikan dalam dan luar negara, sekolah rendah dan menengah, termasuk sektor swasta.

Turut diadakan adalah Malaysian Young Inventors Exhibition (MYIE) dan Asian Young Inventors Exhibition (AYIE) yang menjadi platform kepada 152 penyelidik muda negara bagi mempertaruhkan hasil penyelidikan mereka.

itex itex2 itex3

Cetak E-mel