“Program Cemerlang Itu Pilihan Saya”

kaunseling31123 Program “Cemerlang Itu Pilihan Saya” merupakan program untuk memberi satu garis panduan kepada mahasiswa/mahasiswi  UniSZA berkaitan aspek pembelajaran yang efektif dalam meningkatkan pencapaian akademik yang perlu diterapkan semasa proses pembelajaran di Universiti lagi agar dapat melahirkan pemimpin yang cemerlang dari sudut akademik dan sahsiah. Sehubungan dengan itu, pada 28 November 2014 (Jumaat) bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU) UniSZA, Unit Kaunseling, Pejabat Timbalan Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah mengadakan Program Cemerlang Itu Pilihan Saya. Program ini telah dihadiri seramai 100 peserta yang terdiri daripada pelajar Ijazah dan Diploma.

Program ini telah dikendalikan oleh seorang selebriti televisyen dan juga penceramah yang hebat serta berpengalaman dalam memotivasikan mahasiswa/ mahasiwi bagi meningkatkan pencapaiaan akademik iaitu Tuan Haji Fadzli Yusof. Objektif program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada  mahasiswa/mahasiswi tersebut untuk mencari keupayaan dan kekuatan diri masing-masing dengan pendedahan teknik ‘super’ pembelajaran yang berkesan di samping dapat merangsang pelajar untuk lebih tekun dan bermotivasi dalam sesi pembelajaran di universiti. 

Konsep neurolinguistik programming (NLP) dalam pembelajaran diterapkan agar mahasiswa /mahasiswi mampu berfikiran kritis dan kreatif dalam pelbagai teknik belajar cemerlang. Sambutan yang diterima daripada peserta amat menggalakkan dan reaksi yang diberikan adalah positif. Justeru, Unit Kauseling (PTNC) HEPA berharap dapat menganjurkan lagi program seumpama ini pada masa akan datang.

Cetak E-mel