KEMBARA ILMU BERSAMA PRS UniSZA 2014:PERSEDIAAN PSIKOLOGI SEBAGAI PELAJAR CEMERLANG

kaunseling31121 Program Kembara Ilmu Bersama PRS UniSZA 2014 “Persediaan Psikologi Sebagai Pelajar Cemerlang” dilaksanakan bertujuan  untuk memberi pendedahan terperinci kepada ahli Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Universiti Sultan Zainal Abidin yang mana berperanan dan bertanggungjawab mempraktikkan nilai yang sihat kepada komuniti luar. Pelajar adalah golongan yang mempunyai kuasa besar dalam membentuk masa hadapan Negara ini. Oleh yang demikian, mereka perlu dididik dan dibimbing bukan sahaja dari segi intelek dan akademik tetapi juga dari kemahiran softskills bagi membentuk diri kearah yang lebih positif. Program ini telah diadakan pada 30 Oktober 2014 bertempat di Sekolah Menengah Ketengah Jaya.

Program sehari ini dianjurkan oleh Unit Kaunseling, Pejabat Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar UniSZA dengan objektif utama program ini adalah memberi pendedahan pengalaman serta meneroka kelebihan dan kelemahan untuk mencungkil potensi yang ada dalam diri pelajar.Selain itu juga, latihan dalam kumpulan yang dibuat mampu mewujudkan suasana teambuilding dan semangat berkumpulan dalam mencapai satu matlamat dalam kepimpinan kumpulan. Pogram ini telah dihadiri oleh 85 orang pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Ketengah Jaya dan 13 Fasilitator yang terdiri daripada Pembimbing Rakan Siswa UniSZA.

Program ini memberi capaian yang positif kepada pelajar sekolah yang mana memberi pendedahan yang terperinci kepada pelajar mengenai kaedah dalam pembentukan diri di samping membantu dalam pemantapan akademik bagi mencapai matlamat sebagai seorang pelajar. Kesedaran ke arah pembentukan diri yang positif  merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam konteks perkembangan diri pelajar untuk lebih cemerlang dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam diri merangkumi penampilan, fizikal, tingkahlaku, pemikiran, emosi, sikap, sosial dan rohani individu.

Cetak E-mel