UNIT KAUNSELING ANJUR PROGRAM JOM MEMERIAHKAN MINGGU UNIT KAUNSELING

Unit Kaunseling, Pejabat Timbalan Naib Canselor, HEPA Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus giat mempromosi perkhidmatan mereka iaitu kaunseling individu, kaunseling kelompok dan lain-lain perkhidmatan khidmat nasihat kepada mahasiswa dan mahasiswi yang berada di UniSZA, kampus Gong Badak.

Satu program bertajuk ‘Jom Memeriahkan Minggu Unit Kaunseling’ bagi ambilan ijazah sesi 2014/2015 telah diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran para pelajar terhadap kepentingann penjagaan kesihatan mental melalui perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan Unit Kaunseling.

Program dengan motto ‘Kami Bersama Anda’ diadakan agar dapat memberi kefahaman para mahasiswa supaya menjadikan Unit Kaunseling sebagai salah satu unit yang penting untuk mendampingi individu yang memerlukan pertolongan dan memberi keselesaan meluahkan masalah yang wujud.

Perkhidmatan kaunseling sering dikaitkan dengan mereka yang mempunyai masalah, walhal ia juga mampu meningkatkan motivasi diri dan mengubah pemikian terhadap sesuatu perkara. Pandangan negatif terhadap perkhidmatan kaunseling perlu diubah supaya komuniti mahasiswa di kampus lebih terbuka untuk menerima perkhidmatan yang ditawarkan.

Program ini telah berlansung selama lima hari bermula 12 hingga 16 Oktober 2014 [Ahad-Khamis]  dan berjaya menarik 937 penyertaan dari kalangan mahasiswa dengan memeriahkan slot-slot yang telah dirancang. Antara pengisian sepanjang program ialah pendaftaran keealian Pembimbing Rakan Siswa, pendaftaran temujanji sesi kaunseling dan kaunseling kelompok pengendalian Ujian Psikologi dan Kuiz Uji Minda dan sebagainya.

Semoga program iini menjadi salah satu wahana dalam usaha menggerakkan mahasiswa agar memilih Unit Kaunseling sebagai pusat sehenti komuniti warga kampus melalui pendekatan bersemuka dan luahan dari hati ke hati dengan pihak kaunselor yang bertanggungjawab bagi membimbing mereka menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi dan sekaligus mendapatkan makklumat berkaitan pembinaan sahsiah, akademik, kendiri, kepimpinan dan sebagainya 

Cetak E-mel