UniSZA Sertai Misi Bantuan Banjir

Kuala Terengganu: Seramai 50 kakitangam Universiti Sul banjir31121 tan Zainal Abidin (UniSZA) yang terdiri daripada pegawai, staf sokongan dan pekerja awam menyertai Misi Bantuan Banjir ke negeri yang telah dilanda banjir. Naib Canselor, Prof Datuk Dr. Yahaya Ibrahim berkata, misi bantuan banjir ini akan dilakukan secara berperingkat dan bertukar sukarelawan pada setiap masa sehingga misi berakhir iaitu di di dua tempat Kelantan dan Kemaman. “Kumpualn pertama telah  Pengkalan Chepa,kelantan bagi menghulurkan bantuan seperti keperluan diri, makananan, pakaian dan perubatan sepertimana yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). “Kita juga membawa pasukan paramedik dari Pusat perubatan UniSZA untuk membuat pemeriksaan  dan bantuan bekalan ubatan kepada mangsa di sana selain menyediakan 3 buah bot,3 buah lori serta 4 kereta pacuan empat roda bagi kemudahan pergerakan membawa mangsa di sana,” katanya ketika ditemui. 

Tambahnya lagi, pramedik UniSZA telah berjaya menyelamatkan seoarang ibu yang bersalin ketika berada di sana selain membantu membawa mangsa banjir untuk bergerak menggunakan bas. “Sukarelawan UniSZA telah ditempatkan di Pusat Latihan PGA Pengkalan Chepa untuk bermalam dan berehat di situ. Kita juga turut mendapat kerjasama dari pihak hispital dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). “Sementara itu, satu pasukan lagi membantu mangsa banjir di Kemaman dengan membawa segala bantuan perubatan, makanan, keperluan diri  serta dua buah bot untuk kemudahan membawa mangsa yang memerlukan,” katanya ketika dihubungi. Katanya lagi, UnISZA turut menyalurkan bantuan sebanyak RM 100,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terbabit di Pantai Timur untuk peringkat awal ini. 

banjir31122   banjir31123   banjir31124

Cetak E-mel