25 MPP Terima Watikah Perlantikan

Kuala Nerus: Seramai 25 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima watikah perlantikan oleh Naib Canselor, Prof Datuk Dr. Yahaya Ibrahim, semalam. Pada majlis yang ringkas itu, Naib Canselor berkata, majlis watikah perlantikan adalah satu majlis yang penting selain pemilihan wakil MPP pada majlis penamaan calon dan hari pengundian. “MPP juga adalah barisan pemimpin yang mewakili UniSZA dalam sebarang aktiviti samada di dalam mahupun luar universiti serta diperingkat yang lebih tinggi. “Malah, MPP juga harus berkerjasama dalam melaksanakan dan membantu mana-mana yang patut diperbetulkan dan tidak perlu berpuak-puak dalam melakukan sebarang perkara,” katanya pada majlis berkenaan. Katanya lagi, MPP turut diberikan banyak keistimewaan sepanjang perlantikan mereka antaranya diberikan kemudahan penginapan secara percuma. Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar oleh Presiden MPP, Muhamad Anas Misbahhudin. 

Cetak E-mel