UniSZA Sertai Misi Bantuan Banjir

banjir2 Kuala Terengganu: Seramai 40 Sukarelawan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang terdiri daripada kakitangan menyertai Misi Bantuan Banjir ke negeri yang dilanda banjir. Penyelarasnya, Ismail Ahmad, berkata misi bantuan banjir ini akan dilakukan secara berperingkat dan bertukar sukarelawan pada setiap masa sehingga misi berakhir. “Misi ini akan ke Pengkalan Chepa, Kelantan bagi menghulurkan bantuan seperti keperluan diri, makanan, pakaian dan perubatan sepertimana yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita juga membawa pasukan paramedik dari Pusat perubatan UniSZA untuk membuat pemeriksaan kepada mangsa di sana selain menyediakan 3 buah bot, 3 buah lori serta 4 kereta pacuan empat roda bagi kemudahan pergerakan membawa mangsa di sana,” katanya ketika ditemui. Katanya lagi, UniSZA turut menyalurkan bantuan sebanyak RM 100,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terbabit di Pantai Timur untuk peringkat awal ini. 

Cetak