Piagam Pelanggan
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berikrar akan melaksanakan perkhidmatan sebagaimana yang dijanjikan berikut :
- Mengumumkan keputusan peperiksaan dalam tempoh satu (1) hari selepas pengesahan keputusan peperiksaan dalam Mesyuarat Senat.
- Menyedia dan memaparkan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir pada Minggu ke-13 perkuliahan sebelum peperiksaan akhir.
- Menyedia Jadual Waktu Akademik bagi setiap semester satu (1) minggu sebelum kuliah bermula.
- Menyediakan surat pengesahan pelajar selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja bermula dari tarikh menerima permohonan pelajar.
- Menyediakan surat tawaran kemasukan pelajar siswazah dalam masa tujuh (7) hari bekerja.
- Memastikan 100% staf UniSZA menggunapakai sistem e-online yang disediakan oleh Pusat Teknologi Maklumat (PTM), UniSZA dalam urusan kerja harian.
- Memastikan 85% staf UniSZA hadir tujuh (7) hari berkursus.
- Memberi maklumbalas kepada pelanggan melalui Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
Pencapaian Piagam Pelanggan :