Saluran Premium UniSZA

Program akademik saluran premium merupakan program yang ditawarkan secara laluan komersial selain dari Saluran Perdana menerusi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (UPU), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT). Ia adalah saluran alternatif untuk pengambilan pelajar bagi program prasiswazah.

Program Pengajian yang ditawarkan melalui saluran premium adalah program yang dilaksanakan tanpa subsidi. Oleh itu, calon pelajar saluran premium perlu membuat bayaran yuran pendaftaran penuh sebelum hari pendaftaran pelajar dijalankan.

Pelajar perlu memahami terma dan syarat kemasukan serta caj yuran pengajian yang dikenakan sebelum mengemukakan permohonan/setuju terima tawaran.

Perbezaan Utama Saluran Premium berbanding UPU

Pelajar yang ingin mengikuti program saluran premium di UniSZA boleh memilih program pengajian yang diminati secara langsung untuk kemasukan ke UniSZA melalui program yang di khaskan  iaitu saluran premium. 

Berbanding dengan saluran UPU, pelajar hanya boleh memilih program yang diminati, namun pemilihan dan penawaran program bergantung kepada kuota serta kelayakan tertinggi. Calon pelajar perlu bersaing dengan calon lain untuk pemilihan program tertentu.

Perbezaan Yuran Saluran Premium berbanding UPU

Bagi yuran pengajian saluran premium, pelajar perlu membayar yuran sepenuhnya tanpa subsidi daripada kerajaan. Manakala, untuk calon yang melalui saluran UPU, pelajar akan menerima subsidi yuran yang diberikan oleh kerajaan Malaysia berdasarkan program tertentu.

PROGRAM PENGAJIANTEMPOH PENGAJIANYURAN SEM 1JUMLAH YURAN (TEMPATAN)JUMLAH YURAN (ANTARABANGSA)
DIPLOMA SAINS KEJURURAWATAN3 TAHUNRM 5,185.00RM 32,570.00
SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN4 TAHUNRM 6,460.00RM 40,000.00
SARJANA MUDA BAHASA INGGERIS DENGAN KOMUNIKASI (KEPUJIAN)4 TAHUNRM 6,460.00RM 40,000.00RM 60,000.00
IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG DENGAN KEPUJIAN4 TAHUNRM 5,860.00RM 40,420.00RM 60,000.00
SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT (INFORMATIK MEDIA) DENGAN KEPUJIAN3 ½ TAHUNRM 7,660.00RM 42,000.00RM 62,000.00

PROGRAM PENGAJIAN

TEMPOH PENGAJIAN

YURAN PENGAJIAN (TEMPATAN)

YURAN PENGAJIAN (ANTARABANGSA)

ASASI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

1 TAHUN

RM 9,530.00

RM 20,360.00

ASASI SAINS ULUL ALBAB

1 TAHUN

RM 9,530.00

 

Asasi Sains Ulul Albab

1 Julai sehingga 21 Julai 2025 

Syarat am, khusus dan syarat khas kemasukan/program

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengan sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah DAN mendapat sekurang-kurangnya Gred B LIMA (5) mata pelajaran berikut pada peringkat SPM;

● Fizik ● Biologi ● Kimia ● Matematik /Matematik Tambahan
● Mana-mana SATU (1) mata pelajaran lain TIDAK TERMASUK Bahasa Melayu

DAN mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris DAN mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ SATU (1) daripada mata pelajaran berikut peringkat SPM;

● Bahasa Arab ● Bahasa Arab Tinggi ● Bahasa Arab Komunikasi ● Thurath Bahasa Arab ● Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah

DAN memperolehi Sijil Hafazan 30 juzuk yang diperakui di peringkat sekolah
DAN lulus temuduga

Sila rujuk syarat kemasukan mengikut program di link ini

https://online.fliphtml5.com/hozuu/ibjp/