Saluran Premium UniSZA

Program akademik saluran premium merupakan program yang ditawarkan secara laluan komersial selain dari Saluran Perdana menerusi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (UPU), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT). Ia adalah saluran alternatif untuk pengambilan pelajar bagi program prasiswazah.

Program Pengajian yang ditawarkan melalui saluran premium adalah program yang dilaksanakan tanpa subsidi. Oleh itu, calon pelajar saluran premium perlu membuat bayaran yuran pendaftaran penuh sebelum hari pendaftaran pelajar dijalankan.

Pelajar perlu memahami terma dan syarat kemasukan serta caj yuran pengajian yang dikenakan sebelum mengemukakan permohonan/setuju terima tawaran.

Perbezaan Utama Saluran Premium berbanding UPU

Pelajar yang ingin mengikuti program saluran premium di UniSZA boleh memilih program pengajian yang diminati secara langsung untuk kemasukan ke UniSZA melalui program yang di khaskan  iaitu saluran premium. 

Berbanding dengan saluran UPU, pelajar hanya boleh memilih program yang diminati, namun pemilihan dan penawaran program bergantung kepada kuota serta kelayakan tertinggi. Calon pelajar perlu bersaing dengan calon lain untuk pemilihan program tertentu.

Perbezaan Yuran Saluran Premium berbanding UPU

Bagi yuran pengajian saluran premium, pelajar perlu membayar yuran sepenuhnya tanpa subsidi daripada kerajaan. Manakala, untuk calon yang melalui saluran UPU, pelajar akan menerima subsidi yuran yang diberikan oleh kerajaan Malaysia berdasarkan program tertentu.

PROGRAM PENGAJIAN TEMPOH PENGAJIAN YURAN SEM 1 JUMLAH YURAN (TEMPATAN) JUMLAH YURAN (ANTARABANGSA)
DIPLOMA SAINS KEJURURAWATAN 3 TAHUN RM 5,185.00 RM 32,570.00
SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN 4 TAHUN RM 6,460.00 RM 40,000.00
SARJANA MUDA BAHASA INGGERIS DENGAN KOMUNIKASI (KEPUJIAN) 4 TAHUN RM 6,460.00 RM 40,000.00 RM 60,000.00
IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG DENGAN KEPUJIAN 4 TAHUN RM 5,860.00 RM 40,420.00 RM 60,000.00
SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT (INFORMATIK MEDIA) DENGAN KEPUJIAN 3 ½ TAHUN RM 7,660.00 RM 42,000.00 RM 62,000.00
SARJANA MUDA FARMASI DENGAN KEPUJIAN 4 TAHUN RM11,886.25 RM92,000.00 RM132,520.00
SARJANA MUDA BAHASA MELAYU KONTEMPORARI DENGAN MEDIA INTERAKTIF (KEPUJIAN)  4 YEARS RM5,235.00 RM40,920.00
SARJANA MUDA PENGIMEJAN PERUBATAN DENGAN KEPUJIAN  4 YEARS RM7,800.00 RM 59,190.00 RM 89,390.00
SARJANA MUDA PERUBATAN DAN PEMBEDAHAN (MBBS)  5 YEARS RM31,455.00 RM335,000.00 RM409,230.00

Sila rujuk syarat kemasukan mengikut program di link ini

https://anyflip.com/qsbpx/nikf/

atau boleh muat turun PDF

Tarikh buka 14 Jun – 25 Julai 2026

Sila mohon di pautan ini https://ilmu.unisza.edu.my