• Utama

LARIAN INTERAKSI UNISZA KAMPUS BESUT

09.18 KT Larian Interaksi 1Tembila: Pusat Sukan dan Rekreasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Pejabat Pengarah Kampus Besut telah menganjurkan Larian Interaksi UniSZA Kampus Besut 2016 bersempena dengan kemasukan pelajar baru Sesi 2016/2017.

Larian interaksi ini telah bermula pada jam 4.30 petang dan telah berjaya menarik penyertaan hampir 1000 orang peseta dalam kalangan warga UniSZA.

Tujuan larian Interaksi ini diadakan adalah bagi memupuk tali silaturrahim dalam kalangan pelajar baru, pelajar senior juga staf akademik dan bukan akademik di KTB.

Selain itu, ia juga bertujuan memberi pendedahan kepada semua pelajar baru dan lama dalam membina nilai-nilai dan gaya hidup sihat di samping mengenali kawasan sekitar Kampus Besut justeru menjadikan warga UniSZA bergiat secara aktif dalam aktiviti riadah serta membentuk jati diri pada setiap individu

Larian interaksi ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi mengekalkan keunikan serta keindahan kampus selain menambah aktiviti bagi menarik minat pelajar melakukan aktiviti gaya hidup sihat.

Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Pengarah Kampus Besut, Dr. Khamsah Suryati binti Mohd.

09.18 KT Larian Interaksi 3 09.18 KT Larian Interaksi 4 

 

 

 

 

 

 

Cetak E-mel

SUKMALINDO 2016 ERAT HUBUNGAN PERSAHABATAN DUA NEGARA

09.26 PSR Sukmalindo 7Kuala Nerus: Kejohanan Sukan Persahabatan Atlet Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia dan Indonesia (SUKMALINDO) edisi ke 9 nyata berjaya mengeratkan hubungan antara 174 atlet mahasiswa dari dua negara.

Sebanyak lima sukan dipertanding sepanjang kejohanan yang berlangusng di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Gong Badak, antaranya acara memanah, badminton, bola tampar, sepak takraw dan futsal.

Antara university terlibat dari kontijen Malaysia adalah UniSZA, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Timbalan Naib Canselor UniSZA, Prof Dr Nik Wan Omar berkata, kejohanan selama dua hari itu lebih kepada mengeratkan hubungan penuntut dari universiti di dua buah negara serumpun berkenaan.

  "Kontinjen Malaysia dan Indonesia, masing-masing menghantar 87 atlet untuk bertanding yang berlangsung di UniSZA ini.  Selain acara sukan, delegasi kebudayaan dari Indonesia dan Malaysia juga hadir untuk membuat persembahan ketika program penutupan,"katanya kepada media selepas majlis penutup SUKMALINDO di sini.

Hadir sama Direktur Jenderal Pembelajaran Dan Kemahasiswaan, Kementerian Riset, Teknologi dan Pendidikan Tinggi Indonesia, Intan Ahmad dan Ketua Penolong Setiausah Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Tony Azman Hassan.

Nik Wan berkata, pihaknya berharap penganjuran itu dapat mencapai objektif dan matlamat yang ditetap selain kesinambungan antara kedua buah negara dapat dijalinkan terutama manfaat daripada segi aspek pendidikan, teknologi sukan dan kebudayaan.

"Selain sukan, pelbagai program dijalankan UniSZA untuk mengeratkan lagi hubungan pelajar di antara dua negara ini termasuklah melalui program sukarelawan dan kebudayaan.

"Dengan adanya hubungan sebegini, saya yakin pemimpin Universiti akan menjadi pemimpin muda yang memahami kepentingan menjaga hubungan antara dua negara ini,"katanya.

09.26 PSR Sukmalindo 1 09.26 PSR Sukmalindo 2 09.26 PSR Sukmalindo 3 09.26 PSR Sukmalindo 4 09.26 PSR Sukmalindo 6 09.26 PSR Sukmalindo 8

  

Cetak E-mel

PELAJAR UNISZA CEMERLANG DI SEMINAR PASCASISWAZAH PERINGKAT KEBANGSAAN

FPBANGI: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menghantar 3 pelajar siswazahnya dari Fakulti Perubatan (FP) untuk menyertai seminar ke Malaysian Society for Microbiology Postgraduate Seminar (MSMPS 2016) yang pertama kali diadakan pada 24 Ogos lalu bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terdiri daripada seorang pelajar PhD dan 3 orang pelajar Master.

Penganjuran MSMPS 2016 oleh Malaysian Society for Microbiology (MSM) ini telah menerima penyertaan sebanyak 128 penyelidik dari Universiti Awam (UA) dan IPTS seluruh Malaysia.

MSMPS adalah platform kepada pelajar pascasiswazah dalam bidang mikrobiologi untuk membentangkan hasil kajian dan mempamerkan produk inovasi mereka dalam bidang penyelidikan menerusi hasil penyelidikan, ciptaan dan inovasi mereka kepada umum.

Penyertaan buat kali pertama ini telah berjaya menobatkan pelajar PhD iaitu Muhd Ridzuan Bin Pauzi sebagai pembentang terbaik bagi kategori Mikrobiologi Perubatan dan tempat ketiga (pingat gangsa) bagi keseluruhan kategori yang dipertandingkan. Beliau merupakan pembantu penyelidik dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Salwani Binti Ismail telah membentangkan kajian beliau bertajuk “Cytotoxicity and Antifungal Properties of Hydroxychavicol Against Trichophyton rubrum. Sehubungan dengan itu, beliau juga telah dilantik sebagai bendahari kehormat dalam American Society for Microbiology (Malaysian Student Chapter).

Cetak E-mel

FSTK RAI PELAJAR BAHARU SESI 2016/17

PEL BARU 1Kuala Nerus - Fakulti Seni Reka dan Teknologi Kreatif (FSTK) telah mengadakan Majlis Bersama Fakulti dan Pelajar Baharu Kemasukan Diploma dan Ijazah Sesi 2016/17.

Majlis telah diadakan pada 4 September 2016 bertempat di Dewan Auditorium, Blok Akademik, UniSZA Kampus Gong Badak. Majlis diserikan dengan kehadiran YBrs. Dr. Siti Maryam binti Sharun, Dekan FSTK dan barisan Pengurusan serta pensyarah-pensyarah fakulti.

Majlis tersebut diadakan bagi tujuan sesi berkenalan dengan pelajar-pelajar baru serta memberi penerangan berkenaan dengan fakulti. Selain itu juga, pelajar turut dimaklumkan berkenaan dengan program yang ditawarkan, penglibatan aktiviti di dalam dan juga di luar kampus dan juga peraturan-peraturan yang diguna pakai di fakulti.

PEL BARU 2 PEL BARU 3 PEL BARU 4 PEL BARU 5 PEL BARU 6

Cetak E-mel

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA KAKITANGAN UniSZA 2016

DSC 1115BESUT– Pejabat Pendaftar,Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Program Transformasi Minda 2016 di Tanjung Demong Beach Resort, Besut, Terengganu. Program yang berlangsung selama 7 hari 6 malam ini telah diadakan pada 21 hingga 27 Ogos 2016. Tujuan pelaksanaan Program Transformasi Minda ini adalah sebagai salah satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.

Seramai 50 orang peserta telah terlibat di dalam Program Transformasi Minda pada kali ini yang merangkumi kakitangan UniSZA daripada pelbagai jawatan dalam bidang akademik dan bukan akademik yang berjawatan tetap. Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam.

Selain itu, pelaksanaan program ini akan dapat menerapkan nilai budaya kerja cemerlang kepada setiap peserta agar dapat memberikan perkhidmatan dengan cekap serta berkesan dan memastikan setiap peserta diisi dengan pemikiran minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung yang merangkumi 3 segmen iaitu Negara dan Perkhidmatan Awam, Tanggungjawab dan Peranan Pegawai dan Budaya Kerja Kelas Pertama.

Penceramah-penceramah yang terlibat disepanjang aktiviti berlangsung adalah pegawai-pegawai daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Biro Tatanegara (BTN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) serta pegawai daripada UniSZA sendiri. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, Encik Mahammed bin Ismail yang turut menyampaikan amanat-amanat penting kepada peserta.

Cetak E-mel

Lebih banyak artikel...

[toggle mode only] jquery alih menu on mobile