• Utama

UniSZA METERAI MOU DENGAN IPB, INDONESIA

fbim2KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Insititut Pertanian Bogor (IPB) Indonesia, melibatkan beberapa kerjasama antaranya pertanian, bioteknologi dan teknologi makanan.

Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi A Latiff berkata tujuan MoU berkenaan sebagai usaha meningkatkan lagi jaringan kerjsama yang mengfokuskan kepada pertanian dan perubatan veterinar.

“Untuk bidang pertanian ini, kita akan lebih bekerjasama dan beri tumpuan kepada pembiakan tumbuhan, hortikultur, patolagi tumbuhan dan perladangan” katanya.

Katanya lagi, UniSZA merancang untuk mengadakan Memorandum Perjanjian (MoA) bersama IPB yang merangkumi program mobiliti pelajar berkredit dan tidak berkredit.

“Kita juga akan berkerjasama dalam program summer camp serta pertukaran pensyarah jemputan dan profesor adjung” katanya ketika ditemui.

MoU tersebut telah ditandatangani olehnya selaku Naib Canselor UniSZA, manakala pihak IPB pula diwakili Rektornya, Dr. Arif Satria.

fbim1

Cetak E-mel

UniSZA METERAI MOU DENGAN AIT IRELAND PERLUAS AKTIVITI PENDIDIKAN

ireland1KUALA LUMPUR - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memeterai kerjasama strategik dengan Anthlone Institute of Technology (AIT), Ireland bagi mengembangkan aktiviti pendidikan antara kedua-dua negara.

Naib Canselor UniSZA, Prof  Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latiff, berkata antara bidang kerjasama yang akan diberikan tumpuan adalah pertukaran pelajar antara dua buah universiti serta pertukaran tenaga pengajar dan para penyelidik”

“Selain itu, kerjasama ini juga meliputi pertukaran maklumat dalam bidang akademik dan penerbitan, serta berkerjasama dalam persidangan antarabangsa”, katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UniSZA dan AIT, di Hotel Istana, Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya lagi,  kerjasama dalam projek-projek penyelidikan turut dijalinkan untuk menyuntik lebih banyak elemen inovasi dan teknologi dalam menghasilkan produk lebih berkualiti antara kedua-dua buah negara.

UniSZA diwakili oleh Naib Canselornya dan disaksikan oleh Pengarah Pusat Antarabangsa, Cornelius Anuar Abdullah Mc Afee manakala AIT pula diwakili Presiden, Prof. Ciaran O Cathain. Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UniSZA, Briged Jeneral Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin bin Hussein.

Pada majlis yang sama turut diadakan MoU antara UniMAP Holdings dan AIT.

ireland3 ireland2

Cetak E-mel

UniSZA JALIN KERJASAMA 10 UNIVERSITI DI JORDAN

jordan3KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini menjalin kerjasama dengan 10 buah universiti di Jordan melalui Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang diadakan di Education Malaysia Jordan, Amman, Jordan.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif, berkata  kerjasama itu diadakan bertujuan untuk mempromosikan UniSZA khususnya bagi program di peringkat pasca ijazah iaitu Sarjana dan Doktor Falsafah kepada calon-calon pelajar dari Jordan.

“Kita juga akan berkerjasama dalam bidang penyelidikan antara universiti serta mengadakan  pertukaran pelajar dan staf agar dapat dimanfaatkan bersama”

“Saya harap dengan kerjasama ini, hubungan antara UniSZA dengan universiti di Jordan akan bertambah erat serta melancarkan proses kemasukan pelajar dari Jordan selepas ini”, katanya.

Sementara itu, Prof Dr. Ahmad Zubaidi turut memaklumkan jumlah pelajar siswazahdi UniSZA  sehingga kini berjumlah 1955 orang termasuk 599 orang pelajar antarabangsa

“Dari jumlah itu, seramai 209 pelajar antarabangsa adalah dari Jordan yang terdiri daripada 57 pelajar peringkat sarjana dan 152 pelajar peringkat PhD”

“Peluang pengajian di peringkat PhD di Jordan agak terbatas oleh kerana limitasi program PhD yang ditawarkan oleh universiti di sana dan ini adalah satu peluang yang besar kepada UniSZA bagi menawarkan tempat kepada pensyarah serta pelajar lepasan universiti di Jordan untuk menyambung pengajian PhD di UniSZA”, katanya.

Katanya lagi, tukaran matawang yang tinggi Dinar Jordan kepada Ringgit Malaysia (RM) juga akan menjadi daya tarikan kepada bakal pelajar dari Jordan untuk belajar di UniSZA.

“Program penyelidikan universiti di Jordan yang terfokus dengan teras yang jelas telah membolehkan mereka merancang dan melaksana penyelidikan dengan lebih berkesan”

“Kita akan mengambil peluang ini untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang yang berkaitan bagi memantapkan lagi aktiviti penyelidikan mengikut bidang kepakaran yang telah dikenalpasti berdaya maju”katanya.

Tambahnya lagi, jalinan hubungan dengan banyak universiti ternama di seluruh dunia akan membolehkan pelajar dan pensyarah UniSZA menjelajah dunia dalam usaha meningkatkan kecemerlangan.

jordan1 jordan2 jordan4

Antara universitI yang terlibat dengan MoU tersebut adalah Jordan University of Science and Technology, Philadelphia University, Yarmouk University, Al-Zaytoonah University, Al-Ahliyya Amman University, Zarqa University, Amman Arab University, Isra University, Jadara University dan Irbid National University.

Cetak E-mel

UniSZA NAIB JUARA PROGRAM INTERVARSITY YOUNG MOTIVATOR COMPETITION 2017

ism1KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) muncul sebagai naib juara dalam Program Intervarsity Young Motivator Competition 2017 yang berlangsung di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)

Program tahunan anjuran Majlis Unit Kaunseling dan Unit  Kerjaya Universiti-Universiti Malaysia (MAKUMA) itu bertujuan melahirkan pelapis-pelapis motivator dalam kalangan mahasiswa (Universti Awam) yang boleh menjadi pembimbing dan ikon kepada pelajar.

Selain itu, program ini turut melatih mahasiswa supaya lebih berkeyakinan dalam menyampaikan ilmu dan memotivasikan individu.

UniSZA yang diwakili Muhammad Syafiq Mohd Sakir, pelajar Ijazah Sarjana Muda Antopologi Dakwah berjaya membawa pulang trofi, sijil dan  saguhati RM 1500.00

Mohamad Amirul Shah Mohamad Amin, pelajar Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Kaunseling pula membawa pulang sijil dan hadiah saguhati selepas berentap melepasi beberapa  saringan.

Sebanyak 19 buah Universiti Awam telah mengambil bahagian pada program berkenaan yang melibatkan seramai 37 orang peserta.

01.03 UK UniSZA Naib Juara 2

Cetak E-mel

KEMBARA ILMU 60 PELAJAR BERSAMA PRS UniSZA

kaun11HULU TERENGGANU – 60 pelajar tingkatan dua dan empat dari SMK Seri Berang menyertai Program Motivasi Dan Pemantapan Matlamat Sebagai Pelajar Cemerlang di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang.

Program anjuran Unit Kaunseling, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UniSZA itu bertujuan membantu peserta meningkatkan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan juga sosial.

Ketua Unit Kaunseling UniSZA, Rosni Mohammad, berkata program selama satu hari itu dikenadalikan oleh 10 fasilitor dari Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UniSZA yang terlatih.

“Mereka telah membantu pelajar sekolah ini untuk mencungkil potensi diri serta menanamkan sifat kepimpinan dalam diri mereka sebagai seorang pelajar”

“Berdasarkan aspek tersebut pelajar mampu bertanggunggjawab dengan diri sendiri berdasarkan penentuan matlamat yang telah ditetapkan”, katanya.

Menurut Rosni, individu yang tahu nilai diri serta kelebihan dan kelemahan akan lebih berkeyakinan, berfikir lebih positif dan produktif dalam menghadapi sebarang halangan sebagai pelajar yang berjaya.

kaun12 kaun13

Cetak E-mel

Lebih banyak artikel...