National Management Conference 2008

KUALA TERENGGANU – Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Bank Muamalat (M) Bhd., Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, MSET Engineering Coorporation Sdn. Bhd. dan BNS Supplies And Trading telah menganjurkan Persidangan Pengurusan Kebangsaan 2008, baru-baru ini.


Persidangan dua hari bermula 13-14 Disember dengan tajuk `A State Of  The Art Approach To Contemporary Business and Management’ itu dihadiri kira-kira 200 peserta.


Persidangan yang menjurus kepada bagaiman cara untuk pertubuhan-pertubuhan perniagaan hari ini menghadapi cabaran dunia perniagaan yang terlalu kompleks pada masa kini.
Dalam pesidangan itu juga ditekankan pendekatan-pendekatan yang boleh diambil oleh pengurus samada menggunakan cara tradisional mahupun cara yang lebih kreatif.


Naib Canselor UDM, Dato’ Prof. Dr. Alias Daud telah merasmikan majlis tersebut yang diadakan di Primula Beach Resort.


Persidangan itu juga bertujuan untuk para peserta berinteraksi, berkongsi wawasan, idea-idea dan mendapat serta mengeluarkan pendapat dalam pelbagai dimensi cara Pengurusan Perniagaan.

Cetak E-mel