• Utama
  • Berita
  • Seminar “Updates on Bibliometrics & Issues in Human Research Ethics”

Seminar “Updates on Bibliometrics & Issues in Human Research Ethics”

2611 Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia UniSZA (UHREC), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dengan kerjasama Pejabat Pengarah Kampus Besut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Seminar “Updates on Bibliometrics & Issues in Human Research Ethics” pada 20 November 2019 (Rabu). Seminar ini telah berlangsung pada jam 9.30 pagi bertempat di Auditoriun Fakulti Informatik & Komputeran (FIK), UniSZA, Kampus Besut.

Turut hadir Ketua Bahagian  Perkhidmatan Akademik, Pejabat Pengarah Kampus Besut, Yang Berusaha Dr. Nadzifah binti Yaakub, kakitangan akademik dan pelajar pascasiswazah UniSZA serta kakitangan akademik dan pelajar daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Kelantan. Penceramah bagi seminar ini ialah Yang Berusaha Prof. Dr. Nyi Nyi Naing@Syed Hatim Noor, Pengerusi Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia UniSZA (UHREC) dan turut dibantu oleh Yang Berusaha Dr. Wan Arfah Nadiah binti Wan Abdul Jamil penyarah Fakulti Sains Kesihatan (FSK) merangkap Sekretariat UHREC.

Penganjuran seminar ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan kepentingan mengetahui kaedah bibliometrik dan hubungkait dengan bidang kepakaran agar dapat di manfaatkan dalam bidang akademik. Selain itu juga, pelaksanaan seminar ini adalah sebahagian daripada inisiatif UHREC UniSZA untuk meningkatkan kualiti penyelidikan melalui pendedahan berkenaan garis panduan etika penyelidikan melibatkan manusia kepada pada peserta.

 Pengisian seminar terbahagi kepada tiga sesi. Sesi pertama berkenaan “Updates on Bibliometrics” diikuti dengan sesi kedua iaitu “Do’s and Don’ts in Obtaining Accurate Metrics” dan yang terakhir berkaitan “Issues in Human Research Ethics”. Pihak penganjur memaklumkan bahawa penganjuran seminar ini akan dijalankan secara berkala pada setiap tahun di Kampus Gong Badak, Kampus Besut dan Kampus Perubatan agar pengetahuan berkenaan perkara ini dapat disampaikan secara berterusan kepada semua kakitangan akademik dan pelajar dalam dan luar UniSZA dari semasa ke semasa.

Cetak E-mel