ATLET UniSZA TERIMA INSENTIF

PS1 KUALA NERUS – Seramai lapan atlet Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) termasuk pasukan bola sepak yang meraih pingat dalam pelbagai temasya sukan tempatan dan antarabangsa sepanajang tahun lalu menerima insentif daripada UniSZA.

Mereka merupakan atlet yang cemerlang dalam 19TH Asean University Games 2018 ( AUG ), Program PKS Memanah, Kejohanan Sukan Staf Universiti Kebangsaan ( SUKUM ), World University Taekwando Championship ( WUC ), Liga Bolasepak IPT 2018, Majlis Anugerah Sukan MASUM 20, Karnival Sukan MASUM 2018, Higher Education Sport Festival dan Sukan IPT 2018 ( SUKIPT )

Majlis penyampaian insentif tersebut berlangsung di Dewan Auditorium Perpustakaan, di sini dan disempurnakan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif

 Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), Prof Madya Dr. Mohd Afandi Salleh dan Pengarah Pusat Sukan & Rekreasi (PSR) UniSZA, Riduan Mohamed Arof 

Sementara itu, Dr. Ahmad Zubaidi dalam ucapannya berkata, pemberian insentif tersebut merupakan tanda pengiktirafan dan penghargaan UniSZA kepada atlet yang cemerlang dan mengharumkan nama universiti dan juga negara.

Kata beliau, ganjaran dan sumbangan dalam bentuk kewangan pada hakikatnya berupaya menyuntik semangat baru kepada ahli sukan untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik lagi.

"Pemberian insentif ini juga memberi satu harapan kepada golongan atlet muda terutaman pelajar yang baru untuk mempunyai impian menjadi ahli sukan yang berjaya.

"Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua atlet yang telah berjaya membuktikan kehebatan dan kecemerlangan masing-masing," katanya.

Antara penerima insentif tersebut ialah atlet karate, Noor Azizan bin Nor Azli yang memenangi pingat emas di AUG, Myanmar dan pasukan bola sepak yang meraih naib juara pada Kejohanan Liga IPT 2018.

PS2 PS1

Cetak E-mel