• Utama
  • Berita
  • 2,836 GRADUAN UniSZA DIRAI DI MAJLIS IDUL LLMI KONVOKESYEN KE-10

2,836 GRADUAN UniSZA DIRAI DI MAJLIS IDUL LLMI KONVOKESYEN KE-10

konvo5 Kuala Nerus - Seramai 2,836 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) diraikan dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Ke-10 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus sepanjang tiga hari bermula 17 hingga 19 November 2018.

Daripada jumlah itu, seramai 62 graduan dianugerahkan ijazah doktor falsafah, graduan sarjana (134), sarjana muda (1,641) dan diploma (999).

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA menyempurnakan istiadat pembukaan majlis berkenaan.

Turut berangkat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pada majlis Idul Ilmi Konvokesyen ke-10 ini, UniSZA turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengajian Al-Quran kepada Imam Besar Masjid Negara Kuala Lumpur, Tan Sri Dato’ Seri Syaikh Haji Ismail Haji Muhammad.

Anugerah Pelajaran Diraja dirangkul dua pelajar masing-masing graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab, Muhamad Amir Zainudin, 24, dan Ong Ying Qian, 24, yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Dietetik.

  konvo6 konvo1 konvo2 konvo3      konvo4

Cetak E-mel