Seminar Fiqh Al-Fatihah

21 April 2018 (sabtu) kelab nadi huffaz sesi 2017/2018 dan Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) telah memgadakan Seminar Fiqh Al-Fatihah dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bertempat di Dewan Perdana Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bermula jam 8.00 pagi dan berakhir 1.00 tengahari.

kakas1 4 Seminar ini adalah berkaitan dengan pembelajaran surah al-Fatihah berdasarkan beberapa disiplin ilmu seperti perbincangan dari sudut tajwid, bahasa, feqah dan qiraat yang telah di sampaikan oleh Dr.Azizul bin Hassan, pensyarah, Kolej Al-Quran Terengganu.

Antara objektif pelaksanaan seminar adalah untuk Memantapkan pengetahuan khususnya berkaitan ilmu al-Quran dalam kalangan mahasiswa/i uniSZA. Selain itu, Melahirkan generasi mahasiswa/i dan masyarakat yang celik Al-Quran disamping mencungkil bakat yang terpendam serta memupuk sifat mahabbah didalam komuniti masyarakat.

Program ini melibatkan penyertaan seramai 400 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah UniSZA. Program ini diadakan sebanyak dua sesi bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 petang. Para peserta telah mendaftarkan diri pada jam 8.00 pagi sehingga jam 8.30 pagi. Program bermula pada jam 8.30 sehingga 10.30 untuk sesi yang pertama. Para peserta diberikan pendedahan oleh penceramah mengenai pengenalan surah al-Fatihah dan perbahasan yang terdapat didalam surah tersebut dari segi tajwid, bahasa, feqah. Peserta diberikan rehat selama 30 minit sebelum sesi kedua bermula. Sesi kedua bermula pada jam 10.30 pagi sehingga jam 12.45 tengah hari. Untuk sesi kedua, peserta didedahkan dengan perbincangan dari segi qiraat, rasm, ijaz dan fawasil berkenaan surah al-Fatihah. Sebelum penceramah menamatkan syarahannya, sesi soal jawab telah dijalankan selama 15 minit.

Maklumbalas peserta yang hadir terhadap penganjuran seminar ini adalah Penglibatan peserta amat memberangsangkan dan sangat meminati apa yang diajari oleh penceramah jemputan serta memberikan cadangan agar program ini terus dijalankan.

Menerusi penganjuran seminar ini, diharapkan agar para peserta akan mendapat pendedahan dan kefahaman tentang cara mudah untuk belajar tajwid dan ilmu berkaitan secara teori dan amali.

kakas1 2   kakas1 3   kakas1 1

Cetak E-mel