• Utama
  • Berita
  • FUPL ANJUR PROGRAM ‘WACANA HALAL : SEMBELIHAN PATUH SYARIAH’

FUPL ANJUR PROGRAM ‘WACANA HALAL : SEMBELIHAN PATUH SYARIAH’

kakas3 Kuala Nerus, Sabtu - Pada 5 Mei 2018 yang lalu, satu program penyembelihan yang dinamakan ‘Wacana Halal: Sembelihan Patuh Syariah’ telah diadakan di Masjid Baru Tok Jembal, Kuala Nerus.

Program ini merupakan anjuran bersama Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Jawatankuasa Masjid Baru Tok Jembal. Program ini melibatkan seramai tiga orang pensyarah dan 300 orang pelajar  Ijazah Sarjana Muda yang mengambil subjek ‘Ilmu Wahyu Dan Kemasyarakatan’ yang terdiri daripada program Pengimejan Perubatan, Bioperubatan, Hubungan Antarabangsa, Bahasa Inggeris dengan Komunikasi serta Industri Rekabentuk dan Syariah.

Program ini bermula seawal jam 8 pagi dan beberapa buah bas telah disediakan untuk membawa pelajar pergi ke masjid. Bermulanya program, para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memastikan tugasan dapat dilakukan dengan lancar. Tugasan-tugasan tersebut ialah memotong bawang, menyediakan air minuman, menanak nasi, menyediakan tempat sembelihan dan sebagainya di perkarangan masjid.

Sementara  itu, satu ceramah tentang penyembelihan diadakan di ruang solat masjid dan disampaikan oleh Ustaz Zamani bin Nawi. Selesai ceramah, sebanyak 59 ekor ayam disembelih dengan sempurna oleh peserta program dan proses memotong dan membersih  ayam dilakukan bersama-sama. Walaupun cuaca panas terik, para pelajar dan pensyarah bergotong royong untuk menyediakan juadah hasil daripada sembelihan untuk dinikmati bersama-sama.

Pelajar lelaki ditugaskan untuk membakar ayam manakala pelajar perempuan dikehendaki menanak nasi dan memasak sup ayam. Semua peserta program dijemput untuk menjamu selera kira-kira jam 12.30 tengahari dan program ini berakhir pada pukul 1 tengahari.

  kakas7   kakas9   kakas10 kakas4   kakas6

Cetak E-mel