• Utama
  • Berita
  • MENDEKATI KEBUDAYAAN BANGSA ASING di UniSZA CULTURAL FESTIVAL 2018

MENDEKATI KEBUDAYAAN BANGSA ASING di UniSZA CULTURAL FESTIVAL 2018

FUPL1 KUALA NERUS: Pendedahan mengenai kebudayaan bangsa daripada pelbagai negara asing melalui cara pemakaian, kesenian dan makanan telah dijayakan oleh pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui UniSZA Cultural Festival 2018.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniSZA, Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad, berkata pelajar dapat mengaplikasikan bahasa asing yang dipelajari dalam kehidupan sebenar apabila berinteraksi dengan bangsa daripada negara lain.

“Kita adakan UniSZA Cultural Festival ini sebagai platform terbaik kepada pelajar untuk mengenali secara lebih dekat pelbagai budaya bangsa dari dalam dan luar Malaysia”

“Program ini juga telah mencungkil bakat pelajar melalui pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan pelbagai bangsa seperti tarian, nyanyian, seni muzik, lukisan dan kraftangan disamping mempelajari kebudayaan tersebut,” katanya pada majlis perasmian UniSZA Cultural Festival, semalam.

Katanya lagi, sebanyak RM500 telah diperuntukkan kepada setiap kelas bahasa asing untuk persiapan program ini.

“Alhamdulillah, sambutan sangat memberangsan terhadap program ini dan pelajar turut menyaranan beberapa penambahbaikan untuk masa akan datang”

“InsyaAllah, kita akan tambah lagi peruntukan dan keluasan tapak gerai bagi setiap kelas bahasa asing yang terlibat untuk membolehkan penyediaan lebih banyak sampel makanan serta meningkatkan keselesaan pengunjung yang berkunjung ke tapak gerai”, katanya.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang festival berkenaan antaranya jualan makanan, demostrasi masakan, permainan, demostrati pakaian dan persembahan dari pelbagai negara.

Antara kelas bahasa asing yang terlibat adalah Thailand, Jepun, Vietnam, Nigeria, China dan Jordan.

Program tahunan anjuran Pusat Pengajian Bahasa, Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) serta Pusat Antarabangsa itu berlangsung selama satu hari di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA Gong Badak.

Cetak E-mel